Seo Services

Pasangan Kontroversi DAP Zairil Dan Dyana Sofya Bertunang Pagi Ini


PULAU PINANG - Selepas beberapa kali mengelak daripada menjawab berhubung kontroversi gambar dan video intim mereka yang tersebar di laman sosial sebelum ini, pasangan kontroversi DAP, Zairil Khir Johari dan Dyana Sofya Mohd. Daud akhirnya bertunang pagi tadi.

Perkara itu disahkan sendiri Zairil yang juga Naib Pengerusi DAP negeri dalam catatan di dalam laman sosial Facebooknya yang turut menyifatkan Dyana Sofya sebagai pelengkap dan penyokong dalam kehidupannya.

Menurut Ahli Parlimen Bukit Bendera itu, Dyana Sofya yang juga bekas calon DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan 2014 turut diterima ahli keluarganya serta dua anaknya daripada perkahwinan terdahulu.

Sambil mengucapkan syukur atas pertunangannya dengan Dyana Sofya pagi ini, Zairil juga melahirkan rasa gembira kerana keputusannya itu mendapat sokongan ahli keluarga.

“Pertunangan ini adalah satu permulaan yang baharu selepas perkahwinan saya berakhir tahun lalu.

“Ini adalah lumrah kehidupan dan kami akan terus melangkah ke hadapan,” katanya.

Zairil dan Dyana Sofya bertunang di sebuah hotel di Ipoh, Perak pagi tadi dengan dihadiri ahli keluarga terdekat.

Majlis pertunangan mereka tular di laman sosial semalam namun kedua-dua mereka tidak memberi maklum balas ketika dihubungi pemberita.

Difahamkan, pasangan itu bercadang melangsungkan pernikahan pada Jun ini iaitu selepas bulan puasa.

Kedua-dua mereka sebelum ini terpalit dengan kontroversi selepas foto dan video intim yang didakwa mirip mereka tersebar pada Oktober 2014 dan April tahun lalu.

Namun, mereka mengelak menjawab mengenai penyebaran gambar serta video itu malah Dyana Sofya dalam kenyataan di laman Facebook hanya menyifatkannya sebagai pencerobohan privasi utama dalam kehidupan seseorang.

Malah, Zairil ketika itu juga menafikan beliau merupakan individu yang menari mesra di dalam video yang tersebar tersebut dan menyifatkannya sebagai mengarut.

Zairil sebelum ini berkahwin dengan Noor Dahlia Hamzah dan dikurniakan dua cahaya mata dan mereka dikatakan bercerai pada Oktober tahun lalu. - UTUSAN ONLINE
Pasangan Kontroversi DAP Zairil Dan Dyana Sofya Bertunang Pagi Ini Pasangan Kontroversi DAP Zairil Dan Dyana Sofya Bertunang Pagi Ini Reviewed by Unknown on March 10, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.