Seo Services

Peguam Farid Persoal Laporan Media



PETALING JAYA - Peguam kepada pelakon dan pengarah terkenal, Datuk Farid Kamil mempersoalkan media yang melaporkan mengenai pertuduhan yang akan dikemukakan kepada anak guamnya terlebih dahulu tanpa pengetahuan pihak pembelaan.

Faizul Mohd Nasir berkata, beliau mengetahui pendakwaan terbaharu dibuat menerusi Farid.

"Anak guam saya berada di Langkawi dan mengetahui perkara itu melalui twitternya sebelum memaklumkan kepada saya," katanya.

Menurutnya, Farid terpaksa mengambil penerbangan kecemasan pulang ke sini dan beliau terpaksa membatalkan beberapa temujanji yang telah ditetapkan.

"Jadi persoalannya, bagaimana pihak media mengetahui terlebih dahulu daripada kami,?" katanya.

Menurutnya, tindakan pihak polis itu didakwa memprejudiskan mereka.

"Justeru saya memohon mahkamah menasihati polis samada menerusi pendakwaan atau apa cara sekalipun, "katanya.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Mary Phoon Keat Mee memohon agar media tidak melaporkan kes tersebut.

Bagaimana pun, tiada perintah dikeluarkan oleh Majistret, Salamiah Salleh terhadap isu yang dibangkitkan oleh pihak pembelaan dan pendakwaan.

Semalam, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat dalam sidang media berkata, siasatan terhadap tiga individu mendapati laporan polis yang dilakukan Farid tidak berasas dan sengaja mereka bukti palsu. - Sinar Harian
Peguam Farid Persoal Laporan Media Peguam Farid Persoal Laporan Media Reviewed by uMieySurianie on March 09, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.