Seo Services

Penemuan Tangan Dipotong Cetus Pelbagai Persoalan


Penemuan 52 tangan yang telah dipotong di bandar Khabarovsk di Siberia, berhampiran sempadan China telah mengejutkan ramai selain mencetuskan banyak persoalan. Kesemua tangan itu ditemui di dalam satu beg oleh penduduk tempatan.

Ia dilitupi dengan salji di Sungai Amur dan dipercayai telah dihanyutkan ke bandar berkenaan.

Kawasan penemuan tangan-tangan itu merupakan lokasi popular untuk memancing namun setakat ini penduduk tidak menemui apa-apa yang mencurigakan kecuali persoalan kenapa tangan-tangan itu dipotong.

Cap jari pula hanya ditemui pada satu tangan. Salah satu teori ialah tangan-tangan berkenaan dipotong kerana mencuri.

Manakala teori lain ia kemungkinan tangan milik simati di hospital tetapi sehingga kini penemuan tangan-tangan berkenaan masih menjadi misteri.

Apa yang dibimbangkan ialah tangan-tangan tersebut merupakan sebahagian daripada kumpulan mencuri organ badan dan tangan itu dipotong bagi mengelakkan mayat dikenalpasti.

“Ia adalah pemandangan yang menjijikan,” kata polis.

Media tempatan melaporkan terdapat pembalut perubatan ditemui pada tangan-tangan tersebut. – Mynewshub.cc
Penemuan Tangan Dipotong Cetus Pelbagai Persoalan Penemuan Tangan Dipotong Cetus Pelbagai Persoalan Reviewed by Unknown on March 09, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.