Pengunjung Pantai Tusan melahirkan rasa bimbang dengan keadaan hakisan yang semakin buruk di tebingan pantai yang popular dengan fenomena air mata biru itu.
Hakisan yang berlaku di kawasan tebing tinggi sepanjang pantai berkenaan terhakis akibat keadaan air pasang dan surut yang menghempas tebingan tersebut hingga mengakibatkan runtuhan struktur tanah semakin buruk.
Memetik laporan akhbar Utusan Borneo, orang ramai yang melawat pantai berkenaan semakin takut untuk datang ke pantai tersebut dan bimbang terjadi perkara yang tidak diingini.
Menurut mereka kawasan-kawasan yang terhakis hanya ditutup dengan plastik sahaja tanpa dilihat sebarang tanda untuk dibaik pulih.
Oleh yang demikian, salah seorang pengunjung ketika ditemui berharap tindakan segera diambil oleh pihak bertanggungjawab agar masalah berkenaan dapat diselesaikan secepat mungkin.
Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar pihak berkuasa berkaitan membina tembok penahan ombak seperti dinding batu pendaki sebagai alternatif bagi memelihara tebing-tebing agar tidak terus dihakis ombak terutama ketika air pasang besar.-Sarawakiana
Pengunjung Pantai Tusan Bimbang Hakisan Semakin Buruk
Reviewed by Unknown
on
March 13, 2018
Rating:
Reviewed by Unknown
on
March 13, 2018
Rating:

No comments: