![]() |
| gambar fail KPD Lundu DSP Wong Chee Keong |
Polis mengesahkan jantina mayat yang ditemui terdampar di Pantai Sungai Cina, Lundu Ahad lalu adalah lelaki.
Ketua Polis Daerah Lundu DSP Wong Chee Keong berkata ia disahkan selepas proses bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat berkenaan.
Menurutnya, Ahad lalu , sepasang suami isteri yang bersiar-siar di pantai berkenaan terkejut apabila mendapati objek yang disangka bangkai ikan merupakan mayat manusia.
“Mayat tersebut ditemui dalam keadaan reput dan hanya tinggal bahagian pinggang dan kaki dengan berseluar panjang.” katanya.
Jelas Wong, mayat tersebut disahkan lelaki namun identitinya masih belum diketahui sehingga kini kerana tiada pengenalan diri dijumpai pada mayat berkenaan.
Sehingga berita ini ditulis, kes ini masih diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut.-Sarawakiana
Polis Sahkan Mayat Tanpa Kepala Di Lundu Adalah Lelaki
Reviewed by Unknown
on
March 14, 2018
Rating:
Reviewed by Unknown
on
March 14, 2018
Rating:

No comments: