Seo Services

Stacy Harap Tuah Lagu Ciptaan Hael



KUALA LUMPUR: Selepas beberapa penyanyi mampu meledak dengan karya ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong, Stacy turut berharap single terbarunya yang juga hasil ilham dua lelaki berkenaan, Raja, membawa tuah buat dirinya.

Apatah lagi, Hael dan gandingan serasinya itu baru saja menjulang trofi utama Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-32, bulan lalu, menerusi Jampi.

Menurut Juara Akademi Fantasia musim keenam itu, beliau sudah pun merakamkan lagu berkenaan, baru-baru ini.

"Sebenarnya, lagu Raja sudah diterima sebelum pertandingan AJL 32 lagi, namun berikutan kedua-dua komposer terbabit sibuk, proses rakamannya terbantut. Bagaimanapun, baru-baru ini ia dapat dirakamkan juga.

"Insya-Allah, kalau tiada aral, single baharu saya akan mula dipromosikan pada bulan depan. Saya sendiri sangat berharap ia dapat dimainkan di radio dengan segera," kata ibu kepada Bella dan Eshaal ini.

Kata isteri kepada penyanyi, Akim Ahmad itu, mengikut perancangan, lagu berkenaan akan dikeluarkan serentak dengan video muziknya.

Bercerita lanjut mengenai naskhah terkini daripadanya, Stacy memberitahu, beliau sekali lagi mempertaruhkan irama rancak.

"Begitupun, ia boleh dikatakan berbeza daripada lagu pernah saya rakam sebelum ini kerana Raja lebih bersifat 'heavy dance'.

"Apa yang pasti, saya seronok dapat bekerjasama dengan Hael kerana dia sendiri seorang penyanyi. Jadi, apabila kami bertemu ketika sesi rakaman dilakukan, banyak cerita dan idea yang dikongsi," katanya.

Sementara itu, Stacy, 27, menganggap peluang mengadakan persembahan pembukaan pada AJL 32 lalu sebagai penghargaan cukup besar untuknya. Pada malam itu, beliau menyampaikan lagu medley Aku Stacy, Bosan dan Pakai Buang, yang mendapat pujian ramai.

"Kesempatan menjayakan persembahan pembukaan tempoh hari boleh dikatakan sebagai satu kejayaan dan penghargaan besar buat saya.

"Bagi saya, AJL sememangnya pentas yang menjadi rebutan ramai penyanyi. Saya sendiri berterima kasih kepada TV3 atas peluang ini, termasuk pengalaman tujuh kali berentap di pentas akhir pertandingan terbabit.

"Biarpun belum ada rezeki untuk saya menggapai kemenangan, namun saya tetap optimis," katanya yang mula menggegarkan pentas AJL dengan lagu Aku Stacy pada 2009, diikuti Pakai Buang (2010), Jahat (2011), Pelangi Senja (2013), Bosan (2014), Gilalah (2015) dan Not For Sale (2016),-BHOnline
Stacy Harap Tuah Lagu Ciptaan Hael Stacy Harap Tuah Lagu Ciptaan Hael Reviewed by Unknown on March 12, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.