Seo Services

Tergamak Nak Cederakan Ibu

HANYA kerana ibunya tidak membenarkannya menunggang motosikal, lelaki tiba-tiba mengamuk dengan memecahkan barangan di dalam rumahnya dalam kejadian di Kampung Dagang, Batu Niah, Miri, petang semalam.

Dalam kejadian 3.30 petang itu, suspek berusia 23 tahun itu bertindak memecahkan televisyen dan mengugut untuk mencederakan ibunya sehingga wanita itu terpaksa melarikan diri.

Menurut sumber, kejadian berpunca apabila suspek yang juga penganggur itu berang apabila ibunya berusia 41 tahun tidak membenarkannya menunggang motosikal kepunyaan ibunya itu.

Sumber itu berkata, suspek kemudiannya mengamuk dan bertindak diluar kawalan.

"Ibu suspek kemudiannya melarikan diri ke rumah ibunya iaitu nenek suspek kerana bimbang dengan keselamatannya," katanya.

Katanya, kejadian itu bukan kali pertama, tetapi suspek sering bertindak sedemikian apabila kemahuannya tidak dipenuhi oleh ibunya itu.

"Tidak tahan dengan sikap anaknya itu, ibu suspek kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Batu Niah berhubung kejadian itu," katanya.

Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan laporan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. - Hmetro
Tergamak Nak Cederakan Ibu Tergamak Nak Cederakan Ibu Reviewed by Admin on March 26, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.