Seo Services

Wanita Bersalin Dalam Laut Merah Jadi Perhatian



PENGUNJUNG di Laut Merah di Mesir dikejutkan dengan kejadian di mana seorang pelancong Rusia melahirkan anak di dalam air.

Mereka terkejut bapa wanita itu naik ke darat sambil memegang bayi yang bertali pusat. Tidak lama kemudian wanita itu pula naik ke darat.

Imej wanita itu bersama bapa, bayi dan pasangannya kemudian dirakamkan dan menjadi viral.

Tidak diketahui sama ada wanita ini memang berhasrat melahirkan anak dalam laut atau ia merupakan kelahiran yang tidak disangkakan.

Meskipun ada yang menyangka lelaki tua itu adalah bapanya, namun tidak kurang pula yang meneka dia adalah seorang doktor.

Identiti wanita itu tidak didedahkan dan ibu serta bayinya kelihatan sihat selepas keluar dari laut. Sementara mereka yang berkongsi gambar tersebut memberitahu bahawa wanita itu keluar berenang sebelum dia bersalin. Dia sempat meminta bantuan suami dan bapanya. – MYNEWSHUB.CC


Wanita Bersalin Dalam Laut Merah Jadi Perhatian Wanita Bersalin Dalam Laut Merah Jadi Perhatian Reviewed by Unknown on March 14, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.