Seo Services

Bangkai Tikus Dalam Ais Krim



BEIJING - CHINA. Seorang wanita tidak menyangka sebatang ais krim yang dinikmatinya mengandungi bangkai tikus.

Yang Xinru dari Huaian di wilayah Jiangsu mendakwa ais krim berkenaan dibeli dari sebuah pasar raya pada Selasa lalu.

"Pada mulanya saya menyangka objek pelik yang terkeluar di hujung ais krim itu adalah ulat bulu.

"Saya cuba menariknya keluar, tapi gagal. Bila dilihat dengan teliti, ia sebenarnya ekor tikus," katanya.

Yang berkata, dia menuntut ganti rugi berjumlah 50,000 yuan (kira-kira RM30, 945) dari pasar raya berkenaan.

Namun, pemilik pasar raya itu enggan sebaliknya menawarkan lebih banyak ais krim dan ganti rugi berjumlah 2,000 yuan (RM1,237) kepada wanita terbabit.

"Gila...saya hampir tertelan seekor tikus. Ini bukan perkara main-main yang boleh diselesaikan dengan jumlah ganti rugi yang sedikit," katanya.

Difahamkan, Yang telah membuat aduan rasmi kepada pihak berkuasa tempatan dan dimaklumkan bahawa dia hanya boleh menerima ganti rugi sebanyak 1,000 yuan (RM618) bagi kes sedemikian kecuali ia menjejaskan kesihatan tubuh badannya.

"Ganti rugi hanya boleh diserahkan kepada mangsa berdasarkan laporan kesihatan yang dikeluarkan pihak hospital," kata seorang pegawai. - Global Times
Bangkai Tikus Dalam Ais Krim Bangkai Tikus Dalam Ais Krim Reviewed by uMieySurianie on April 29, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.