Seo Services

Prebet Adam: Antara bahaya fitnah dan keadilan selepas 30 tahun…

Foto theRakyat
HARI ini keluarga Prebet Adam, lelaki yang 30 tahun lalu disangka mengamuk sebab adiknya dibunuh oleh Almarhum Sultan Iskandar, akhirnya tampil ke hadapan dan mengaku mereka tidak pernah mempunyai adik yang dikatakan mati akibat dipukul Almarhum di padang golf.

Kejadian amuk Prebet Adam di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur pernah menggemparkan negara pada 1987 dan mengakibatkan seorang lelaki terbunuh akibat terkena tembakan rambang.

Kontroversi Prebet Adam muncul semula selepas Tunku Ismail berkongsi pandangannya mengenai keadaan politik negara Facebook Johor Southern Tigers Ahad lalu.

Beliau menyentuh kisah Prebet Adam, mengatakan bahawa datuknya Almarhum Sultan Iskandar tidak diberi peluang untuk mempertahankan dirinya sebagai tidak memiliki kelebihan internet ketika itu dan media arus perdana dikawal oleh pemerintah pada hari itu.

Sebelum ini sebuah buku berjudul Konfesi Prebet Adam telah diterbitkan bagi menjawab itu berkenaan yang berlegar dan ‘ditanam’ dalam kepala serta minda masyarakat kita.

Inilah bahaya fitnah.

Sebab itu di dalam Islam, Allah berfirman;

Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasiq membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan” (Al-Hujurat: 6).

Ayat tersebut menuntut agar kita menyelidik terlebih dahulu sumber maklumat sesuatu berita bagi menentukan kebenarannya.

Memang benar, kita boleh membaca dan mendengar semua berita tetapi tidak semua cerita atau berita itu kita boleh berkongsi bersama.

Kita perlu menapis terlebih dahulu apa yang kita dengar dan lihat serta berfikir sebelum berkongsi dengan rakan-rakan lain di laman sosial.

Manakala sebarang maklumat yang menyeleweng serta bahan-bahan paparan yang memberi kesan negatif kepada fikiran perlu dihindarkan.

Ini kerana banyak maklumat palsu yang dikongsi tanpa kesahihan.

Dalam kes Adam, bayangkan selama 30 tahun, buka saja Adam difitnah, keluarganya juga dituduh mendapat suapan daripada istana sebanyak RM10,000 setiap bulan untuk menutup mulut, permainan jelik apakah ini???

Foto theRakyat

Adalah sangat menyedihkan, di saat Almarhum tidak dapat mempertahankan dirinya, kita pula mengambil kesempatan itu untuk terus menyerang baginda dan keluarganya dengan 1,001 satu tuduhan yang tidak berasas dan menjengkelkan.

Ingatlah, fitnah itu lebih besar dosanya daripada dosa membunuh.

Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya: “Berbuat fitnah lebih besar dosanya daripada membunuh. (Q.S. al-Baqarah: 217)

Sebab dan akibat dari fitnah akan mengakibatkan korban yang sungguh dahsyat, bukan saja nama orang yang difitnah itu mendapat aib, tetapi boleh mengakibatkan lenyapnya satu-satu bangsa, ataupun jatuhnya sesebuah negara, akibat korban fitnah.

Sejarah Islam telah menjadi bukti yang nyata iaitu dimana tiga orang Khalifah Islam menjadi korban fitnah, seperti terbunuhnya Khalifah Umar, terbunuhnya Khalifah Othman bin Affan, terbunuhnya Khalifah Ali bin Abi Thalib dan juga antara lainnya iaitu zuriat Nabi S.A.W. sendiri, yang dibunuh dengan kejamnya oleh manusia-manusia yang gila akan kuasa.

Kita haruslah mementingkan sumber yang sahih dan mengelakkan daripada prejudis serta prasangka tanpa maklumat yang tepat.

Hari ini, fitnah dan berita palsu banyak tersebar akibat sikap prasangka sebati dalam budaya kita.

Tuhan mengingatkan kita mengenai ancaman azabNya terhadap orang yang banyak berprasangka dan menggunakan saluran maklumat untuk tujuan jahat atau propaganda bagi menjatuhkan orang lain.

Allah SWT berfirman:

“Hai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan salah sangka (dugaan terhadap sesama Muslim) kerana sebahagian sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari aib orang serta janganlah setengah kamu mengumpat yang lainnya. Sukakah salah seorang kamu bahawa dia memakan daging saudaranya yang telah mati (bangkai)? Maka tentu kamu benci memakannya…” (Surah Al-Hujurat: 12)

- theRakyat
Prebet Adam: Antara bahaya fitnah dan keadilan selepas 30 tahun… Prebet Adam: Antara bahaya fitnah dan keadilan selepas 30 tahun… Reviewed by Admin on April 13, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.