Seo Services

Mahkamah tolak saman pemula Tian Chua


KUALA LUMPUR 4 Mei - Mahkamah Tinggi di sini pagi ini menolak saman pemula Naib Presiden PKR, Tian Chua terhadap Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung keputusan pegawai itu menolak penamaan calonnya untuk bertanding di kerusi Parlimen Batu P115 pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) .

Hakim Datuk Nordin Hassan memutuskan demikian selepas membenarkan bantahan awal Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Anwar Mohd. Zain, 56, dan SPR selaku responden pertama dan kedua.

Hakim itu dalam keputusannya menyatakan, Tian Chua seharusnya memfailkan petisyen pilihan raya untuk mencabar keputusan penolakan berkenaan bukannya melalui saman pemula.

Dalam saman pemula yang difailkan Isnin lalu, penyandang kerusi Parlimen Batu itu memohon perisytiharan bahawa dia layak menjadi calon dalam PRU-14 mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan dan di sisi undang-undang selain perisytiharan beliau berhak untuk bertanding dan diterima sebagai calon.

Saman itu dikemukakan atas alasan telah termaktub dalam undang-undang bahawa denda RM2,000 tidak akan menjejaskan hak atau status atau membuat hilang kelayakan pemohon sebagai ahli parlimen.

Ini kerana, pada PRU-13, beliau mendakwa, dokumen penamaan calonnya diterima sekali gus dibenarkan bertanding walaupun didenda RM2,000 kerana mencederakan anggota polis pada 2007 dan semenjak itu pemohon mendakwa terus menjalankan tugas sebagai ahli parlimen.

Tian Chua gagal untuk mempertahankan kerusi Parlimen Batu P115 apabila SPR mendapati beliau hilang kelayakan bertanding kerana telah dihukum denda RM2,000 atas kesalahan menghina polis. - UTUSAN ONLINE


Mahkamah tolak saman pemula Tian Chua Mahkamah tolak saman pemula Tian Chua Reviewed by Admin on May 04, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.