Seo Services

Penantian Penduduk Siru Melayu Miliki Jambatan Konkrit Berakhir


SEMATAN: Penantian penduduk Kampung Siru Melayu di sini untuk memiliki jambatan konkrit  selepas kemudahan tersebut yang lebih moden siap sepenuhnya.

Jambatan bernilai RM5.74 juta itu merupakan kemudahan yang ditunggu-tunggu penduduk kampung tersebut yang selama ini hanya bergantung dengan kemudahan jambatan kayu.


Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Santubong, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, ia merupakan projek yang ditunggu-tunggu penduduk kerana jambatan tersebut menjadi laluan utama menghubungkan Kampung Siru Melayu ke Kampung Sebat Pueh.

"Ia akan memudahkan akses penduduk untuk ke laluan Lebuhraya Pan Borneo apabila siap sepenuhnya nanti.


"Inilah janji yang dikotakan BN demi kesejahteraan rakyat," katanya ketika merasmikan Jambatan Siru Melayu di sini, hari ini.

Pembinaan jambatan tersebut bermula 1 Oktober 2015 dan siap sepenuhnya 19 Mac lepas.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Datuk Jamilah Anu.-Sarawakiana
Penantian Penduduk Siru Melayu Miliki Jambatan Konkrit Berakhir Penantian Penduduk Siru Melayu Miliki Jambatan Konkrit Berakhir Reviewed by Unknown on May 02, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.