Seo Services

Selepas Jambatan Siap, Limpahan Pembangunan 'Masuk' Ke Kampung Bako Hilir


KUCHING: Kampung Bako Hilir bakal menikmati limpahan pembangunan selepas jambatan merentasi Sungai Bako bernilai RM41.2 juta siap sepenuhnya pada September tahun ini.

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Santubong, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, biasanya apabila sesebuah jambatan dibina sudah pasti pembangunan lain juga akan dilaksanakan.

Bagaimanapun menurutnya, setakat ini rancangan pembangunan disekitar Kampung Bako Hilir masih menunggu pelan induk daripada kerajaan negeri.

"Setiap kali jambatan dibina, pembangunan juga akan dilaksanakan. Setakat ini belum ada pelan induk daripada kerajaan negeri.

"Pelan induk pembangunan kawasan ini berkemungkinan akan dibuat selepas jambatan ini siap," katanya ketika tinjauan mesra di Kampung Bako Hilir hari ini.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut, Dr Hazland Abang Hipni.


Beliau berkata, kerajaan negeri memang merancang untuk membangunkan Kampung Bako secara menyeluruh memandangkan kampung tradisi tersebut masih mengalami kekurangan dalam aspek pembangunan.

"Selepas jambatan siap baru kita tahu bagaimana hendak membangunkan kampung ini," ujarnya.

Pada masa sama, beliau menggesa pihak yang melaksanakan projek pembangunan di kampung tersebut nanti mengambil pekerja tempatan bagi meningkatkan sosioekonomi mereka.

"Kita mahu pihak yang membangunkan kampung ini nanti membawa anak kampung bekerja dengan mereka. Jangan bawa pekerja dari luar," jelasnya.

Selain itu menurutnya, kerajaan turut meluluskan RM6.5 juta untuk menjalankan kerja mengorek Sungai Bako yang semakin cetek ketika ini.

"Tender sudah dikeluarkan, mungkin tempoh dua hingga tiga minggu surat tawaran akan diberikan dan seterusnya projek dilaksanakan," kata Wan Junaidi lagi.-Sarawakiana


Selepas Jambatan Siap, Limpahan Pembangunan 'Masuk' Ke Kampung Bako Hilir Selepas Jambatan Siap, Limpahan Pembangunan 'Masuk' Ke Kampung Bako Hilir Reviewed by Unknown on May 01, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.