Seo Services

Subeng Akan Pastikan Masalah Bekalan Air Di Kabong Selesai - Tiong


Masalah bekalan air yang membelenggu penduduk Kabong mendapat perhatian daripada calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Saratok Subeng Mula.

Jika menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Subeng akan menyuarakan isu tersebut di parlimen sehingga masalah yang membelenggu penduduk Kabong selesai.

Presiden Parti Progresif Demokratik (PDP) Dato Sri Tiong King Sing sendiri yang memberi jaminan akan memantau prestasi Subeng sekiranya dipilih menjadi Ahli Parlimen Saratok.

"Walaupun Ketua Menteri sudah meluluskan peruntukan untuk menyelesaikan masalah ini, kita akan memantau isu bekalan air dan isu lain yang dihadapi penduduk Kabong.

"Saya juga berada di Parlimen, jika beliau (Subeng) tidak menunjukkan prestasi tinggi, saya tahu apa yang perlu dilakukan," katanya seperti dilaporkan The Borneo Post.

Sehubungan itu, beliau yang merupakan calon BN Parlimen Bintulu menasihati pengundi supaya tidak mempercayai berita palsu di media sosial yang disebarkan individu tertentu untuk mengelirukan rakyat.

"Jika anda percaya bulat-bulat khabar angin ini, anda akan berdepan masalah," ujarnya.-Sarawakiana


Subeng Akan Pastikan Masalah Bekalan Air Di Kabong Selesai - Tiong Subeng Akan Pastikan Masalah Bekalan Air Di Kabong Selesai - Tiong Reviewed by Unknown on May 03, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.