Seo Services

Jalan Ke Kampung Tegelam Memudahkan Pergerakan Penduduk Kampung - Naroden


PERGERAKAN rakyat, terutamanya di Kampung Tegelam, Gedong akan menjadi lebih mudah dan selesa dengan pembinaan jalan ke kampung mereka.

Ini diluahkan oleh Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan Bumiputra) Datuk Haji Mohd Naroden yang menambah, selain itu, ianya lebih memudahkan pergerakan penduduk selain ianya juga memudahkan mereka membawa produk sayuran, ikan dan udang untuk dijual.

"Jalan tersebut juga akan memudahkan anak-anak mereka pulang ke kampung untuk melawat ibu bapa dan saudara mereka terutama sekali musim perayaan Gawai dan Krismas."

Naroden, yang juga ADUN Gedong ditemui pemberita melawat tapak pembinaan jalan ladang ke Kampung Tegelam, Gedong bersama pegawai JKR pada pagi tadi.

Menurutnya lagi jumlah penduduk di kawasan berkenan menjangkau seramai 250 orang dengan rumah panjang 52-pintu dan jalan itu juga digunakan oleh guru-guru sekolah SK Tegelam untuk berulang-alik.

"Jalan yang panjangnya lebih kurang 2 km menelan belanja RM500,000 dan pembinaan dijangka bermula pada bulan Ogos dan insyaAllah, dapat disiapkan pada bulan Disember 2018," tambah Naroden lagi.
Jalan Ke Kampung Tegelam Memudahkan Pergerakan Penduduk Kampung - Naroden Jalan Ke Kampung Tegelam Memudahkan Pergerakan Penduduk Kampung - Naroden Reviewed by Admin on July 14, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.