Seo Services

Memisahkan kebebasan bersuara daripada kawalan internet


PETALING JAYA: Aktivis hak asasi manusia menggesa kerajaan menubuhkan pasukan petugas dianggotai pegawai dan warga prihatin bagi membincangkan pindaan ke atas Akta Komunikasi dan Multimedia.

Dobby Chew dari Suaram berkata, akta komunikasi itu kini ketinggalan zaman kerana digubal pada 1998 sewaktu kemudahan internet masih baru.

Beliau berkata Seksyen 233 akta kabur dan terlampau luas dengan menjadikan penyampaian maklumat yang bersifat mengancam satu kesalahan jenayah.

Pindaan ke atas akta tersebut mestilah mengimbangkan antara isu gangguan siber dengan kebebasan bersuara, katanya.

Takrif “kandungan yang mengancam” hendaklah diperbaiki dengan contoh seperti terdapat dalam Kanun Kesiksaan, kata beliau lagi.

Perbuatan menghasut kepada keganasan tidak harus ditangani menggunakan akta berkenaan, tetapi melalui Kanun Kesiksaan, katanya, sementara kenyataan memfitnah boleh diatasi melalui guaman sivil atau pertuduhan jenayah.

“Tak perlu Akta Komunikasi dan Multimedia.”
Baru-baru ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo dilaporkan berkata, beliau akan memeriksa semula Seksyen 233 akta tersebut dan kementerian akan menimbangkan kemungkinan meminda bahagian tertentu seksyen berkenaan atau memasukkan peruntukan baru.

Chew berkata, undang-undang masih diperlukan bagi mengawal infrastruktur internet, dan beliau mencadangkan undang-undang berasingan digubal bagi mengawal industri dan bagi menangani jenayah serta ancaman keselamatan siber.

Akta komunikasi perlu menumpukan kepada pengawalan industri, sementara perkara lain seperti fitnah atau bahan mengancam ditangani melalui Kanun keseksaan," katanya. - FMT
Memisahkan kebebasan bersuara daripada kawalan internet Memisahkan kebebasan bersuara daripada kawalan internet Reviewed by Admin on July 16, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.