Seo Services

Sarawak Urus Pensijilan Halal Sendiri - Abdul Rahman


Sarawak telah bermula mengurus sendiri pensijilan Halal semenjak tahun 2003 berdasarkan Manual Prosedur Persijilan Halal Negeri Sarawak.

Ini dijelaskan oleh Menteri Muda Bekalan Elektrik Dr Haji Abdul Rahman Junaidi, yang ditugas bagi membantu Ketua Menteri berkaitan Hal-Ehwal Islam di Sarawak.

Berdasarkan keperluan semasa prosedur sentiasa ditambahbaik dan Sarawak telah mula menggunapakai Manual Prosedur Persijilan Halal Malaysia atas dasar
penyeragaman prosedur halal di seluruh Malaysia yang turut diterima pakai oleh semua negeri lain di Malaysia.

Bagi yang melanggar melanggar peraturan, setiap pelanggaran dalam mematuhi piawai dan prosedur pensijilan halal terbahagi kepada tiga kategori kesalahan seperti berikut:

(i) Kesalahan Kecil
Kesalahan teknikal yang melibatkan kesalahan dari aspek
kebersihan dan sanitasi yang ringan. Ini termasuklah kebersihan premis, peralatan, pekerja, persekitaran dan kawalan makhluk perosak dan untuk kesalahan jenis ini, pemohon akan diberikan amaran dan arahan pembetulan oleh pegawai pemantau.

(ii) Kesalahan Besar
Kesalahan teknikal yang merangkumi kesalahan kecil yang berulang ataupun tidak mematuhi mana-mana piawaian dan prosedur pensijilan halal Malaysia tetapi tidak melibatkan pelanggar terhadap hokum syarak. Contonya ialah pemalsuan sijil halal atau penyalahgunaan logo halal Malaysia dan memberi atau meminjamkan sijil pengesahan halal asal kepada premis atau syarikat lain.

Untuk kesalahan jenis ini, SPHM boleh digantung serta-merta oleh Pegawai Pemantau dan akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Halal Majlis Islam Sarawak untuk keputusan muktamad.

(iii) Kesalahan Serius
Kesalahan yang melibatkan pelanggaran terhadap hukum
syarak. Antaranya adalah pengesahan status haram terhadap produk dan bahan ramuan serta peralatan yang digunakan, percampuran dalam penyimpanan anatar bahan halal dengan produk haram, memproses haiwan yang tidak sempurna sembelihan atau tidak sempurna mati dan penggunaan alat stunning sehingga menyebabkan haiwan mati atau hayat mazboh.

Untuk kesalahan jenis ini, Sijil Pengesahan Halal akan
ditarikbalik dengan serta-merta oleh Pegawai Pemantau dan akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Halal Majlis Islam Sarawak untuk keputusan muktamad.

Abdul Rahman juga mebjelaskan, pada masa ini tiada insentif yang khusus diberikan kepada pemegang
Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) namun begitu, bagi pemilik SPHM yang tidak terdapat kesalahan semasa pemantauan, permohonan pembaharuan sijil halal mereka akan dipermudahkan.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan ADUN Jamoreng Dato Murshid DiRaja Dr Juanda Jaya berkaitan perihal sijil Halal sendiri di sesi Persidangan DUN Sarawak pada sebelah pagi tadi.

Mengenai jumlah pengeluaran lesen sembelihan makanan halal yang dikeluarkan di Sarawak, Abdul Rahman menjelaskan sehingga 2 Julai 2018, sebanyak 24 lesen sembelihan atau lebih tepat disebut sebagai Sijil Pengesahan Halal Malaysia kategori Rumah
Sembelihan telah diberi Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

"Enam di Kuching, empat di Samarahan, satu di Serian, satu di Serikei, empat di Sibu, dua di Bintulu dan enam di Miri dan daripada jumlah tersebut, sebanyak dua rumah sembelihan pernah dibatalkan SPHM iaitu pada tahun 2013 dan 2014."

Mengenai aspek penyeragaman pula ianya meliputi dua perkara utama iaitu:

Pertama: Penggunaan satu logo Halal Malaysia yang sama di seluruh Malaysia sesuai dengan hasrat tidak mengelirukan pengguna dan industri, khususnya pengimport barangan Malaysia di luar Negara dengan wujudnya penggunaan pelbagai logo halal sebelum ini.

Kedua: Manual Prosedur Persijilan Halal Malaysia adalah sebagai satu garis panduan umum dalam proses pengeluaran sijil pengesahan halal. Kuasa menambah atau mengurang atau meminda syarat-syarat pensijilan serta
meluluskan permohonan halal masih terletak di bawah kuasa negeri masing-masing.

"Oleh yang demikian, tiada keperluan untuk mewujudkan brand halal sendiri dan tiada isu bahawa kita terikat kepada spesifikasi halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kerana kita sendiri boleh menentukan keperluan-keperluan pensijilan halal," jelas Abdul Rahman lagi.
Sarawak Urus Pensijilan Halal Sendiri - Abdul Rahman Sarawak Urus Pensijilan Halal Sendiri - Abdul Rahman Reviewed by Admin on July 13, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.