KUCHING: Jabatan Tenaga Kerja Sarawak akan menganjurkan Program Karnival Kerjaya Bahagian Kuching 2.0 di Eastern Mall, Siburan dekat sini pada 3 November 2018, mulai pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
Program ini dianjurkan bagi menawarkan pekerjaan di syarikat-syarikat yang mengambil bahagian kepada penduduk tempatan terutamanya golongan sedang mencari pekerjaan.
Sejumlah 20 syarikat pelbagai industri akan mengadakan sesi temuduga terbuka dengan 1,937 kekosongan jawatan.
Selain itu, kaunter pendaftaran permohonan kerja secara atas talian melalui Portal JobsMalaysia turut disediakan untuk kegunaan pengunjung.
Turut disediakan adalah kaunter khidmat pelanggan.
Orang ramai yang mempunyai persoalan undang-undang perburuhan, aduan berhubung pekerjaan semasa dan sebagainya dialu-alukan untuk mendapatkan maklumat di kaunter ini.
Untuk proses temuduga terbuka, pencari kerja dinasihatkan agar berpakaian kemas membawa dokumen asal dan salinan sijil akademik, kad pengenalan, resume dan sijil-sijil berkaitan.- UTUSAN BORNEO
1,937 jawatan kosong untuk direbut di Program Karnival Kerjaya Kuching
Reviewed by Admin
on
October 31, 2018
Rating:
No comments: