Seo Services

Ahmad Zahid tolak diikat jamin, mahu duduk lokap

Foto Bernama
PUTRAJAYA: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menolak cadangan peguamnya supaya beliau memohon kebenaran untuk diikat jamin dan tidak ditahan semalaman di lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perkara itu dimaklumkan isteri beliau, Datin Seri Hamidah Khamis, ketika ditanya wartawan sama ada suaminya akan ditahan hari ini.

"Peguam hendak bagi dia (Ahmad Zahid) keluar, tetapi dia tak nak. Jadi, dia akan di sini sampai esok pagi," katanya.

Ditanya mengenai penahanan Ahmad Zahid hari ini, Hamidah memaklumkan ini bukan pengalaman pertama.

"Saya OK la, dulu 10 hari masa Datuk Seri menjadi Ketua Pemuda UMNO (pernah ditahan Akta Keselamatan Dalam Negeri).

"Insya Allah, jangan risau, cuma doa untuk beliau," katanya.

SPRM hari ini mengesahkan menahan Ahmad Zahid, yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri.

SPRM dalam kenyataan hari ini, berkata Presiden UMNO itu ditahan berhubung siasatan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana sebuah yayasan, selepas mendapat izin untuk pendakwaan daripada Pejabat Peguam Negara.

Ahmad Zahid akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur jam 8 pagi esok untuk pertuduhan. - BHonline
Ahmad Zahid tolak diikat jamin, mahu duduk lokap Ahmad Zahid tolak diikat jamin, mahu duduk lokap Reviewed by Admin on October 18, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.