KUCHING, 25 Okt (Bernama) -- Brooke Dockyard and Engineering Works Corporation Sarawak (BDEWC) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan PT Wijaya Karya (Persero) Tbk (WIKA) Indonesia untuk meninjau projek pembangunan infrastruktur di Sarawak.
Menurut Jabatan Ketua Menteri Sarawak dalam kenyataan, MoU itu ditandatangani oleh Pengerusi BDEWC Datuk Abang Abdul Karim Tun Openg manakala WIKA diwakili Pengarah Operasinya Detiawan Soewarjono di Jakarta, semalam.
Majlis pemeteraian itu disaksikan oleh Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, yang juga Menteri Pembangunan Perindustian dan Usahawan.
BDEWC terlibat secara aktif dalam minyak dan gas, modul luar pesisir, fabrikasi, infrastruktur awam dan kejuruteraan marin di Sarawak, manakala WIKA adalah syarikat antarabangsa utama yang terlibat dalam penyediaan perkhidmatan pembinaan dan perniagaannya meliputi pembinaaan, mekanikal dan elektrik, industri, hartanah dan perlombongan.
BDEWC adalah Badan Berkanun Negeri yang ditubuhkan di bawah Ordinan Brooke Dockyard dan Perbadanan Kerja Kejuruteraan, manakala WIKA tersenarai di pasaran saham utama, dengan kerajaan Indonesia sebagai pemegang saham majoriti.
Anggota delegasi Sarawak, yang diketuai oleh Awang Tengah, berada di Jakarta untuk menghadiri Ekspo Perdagangan Indonesia 2018 selama lima hari, dilancarkan oleh Presiden Indonesia Joko Widodo semalam. -- BERNAMA
BDEWC meterai MoU dengan Persero tinjau projek pembangunan infrastruktur di Sarawak
Reviewed by Admin
on
October 25, 2018
Rating:

No comments: