Seo Services

Bekas pengerusi PAC, ketua audit negara nafi laporan 1MDB dipinda


KUALA LUMPUR: Bekas pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Seri Hasan Arifin menafikan Barisan Nasional (BN) meminda Laporan Pengauditan 1MDB pada 2016.

“Ia bukan masa saya dan saya pun tak tahu apa yang sebenarnya dimaksudkan oleh timbalan pengerusi PAC,” katanya merujuk dakwaan Ahli Parlimen Ipoh Timur Wong Kah Woh semalam mengenai pindaan terhadap laporan asal Jabatan Audit Negara ke atas 1MDB, 2 tahun lalu.

“Setahu saya, apa yang dibentangkan kelmarin, itulah yang kita dapat,” katanya di lobi Parlimen hari ini.

Hasan turut meminta Pengerusi PAC Datuk Seri Ronald Kiandee memberi penjelasan lanjut berhubung dakwaan Wong itu.

Semalam, Wong dilaporkan berkata “ada salah guna kuasa apabila laporan audit asal dipinda atas arahan orang tertentu”.

Beliau mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara dan Jabatan Peguam Negara “dilumpuhkan” pentadbiran BN terdahulu, ekoran skandal 1MDB.

Jabatan Audit Negara (JAN) mengaudit akaun 1MDB pada Mac 2015, susulan arahan Datuk Seri Najib Razak dan laporan itu dibentangkan kepada PAC pada Mac 2016.

Dalam laporan itu, JAN mengenal pasti punca 1MDB dilanda masalah kerana tadbir urus korporat dan kawalan dalaman kurang memuaskan, serta sebahagian tindakan pengurusan 1MDB dan keputusan lembaga pengarah syarikat itu dibuat secara tidak teratur.

PAC kemudiannya membentangkan Laporan Pengurusan Kawalan Urus Tadbir 1MDB di Dewan Rakyat pada April 2016, tanpa laporan JAN.

Nama Najib tidak disebut secara langsung dalam laporan PAC yang dianggotai wakil rakyat kerajaan dan pembangkang.

Bekas ketua audit nafi

Sementara itu, bekas ketua audit negara Tan Sri Ambrin Buang mempertahankan laporannya dan menafikan ada campurtangan mana-mana pihak dalam pembikinannya.

“Ya, itu laporan saya dan saya mempunyai kawalan penuh terhadap laporan saya,” katanya kepada kepada pemberita pada di Sidang Kemuncak Anti-Rasuah 2018 hari ini.

Ambrin juga kehairanan mengapa proses memberi keterangannya kepada PAC semalam ditangguhkan ke satu tarikh dan masa yang akan ditetapkan kemudian.

“Saya tak tahu. Anda kena tanya pengerusi PAC. Saya tak ada di sana. Semalam saya dah bersedia untuk hadir,” katanya.

Ambrin dipanggil PAC untuk memberi keterangan dalam siasatan semua kes 1MDB sebagai seorang saksi kerana beliau adalah ketua audit negara ketika JAN mengaudit syarikat itu.

Laporan Pengauditan 1MDB diklasifikasikan sebagai dokumen rahsia kerajaan pada Januari 2016 dan status rahsia itu digugurkan pada 12 Mei lalu atas arahan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. -  FMT
Bekas pengerusi PAC, ketua audit negara nafi laporan 1MDB dipinda Bekas pengerusi PAC, ketua audit negara nafi laporan 1MDB dipinda Reviewed by Admin on October 30, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.