Foto Bernama |
KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, insentif dan subsidi adalah tidak baik bagi rakyat Malaysia dan malahan mereka kemungkinan boleh hilang keupayaan untuk berfikir satu hari nanti jika mereka bergantung kepada bantuan seumpama.
Perdana Menteri berkata, sikap bergantung kepada insentif adalah salah, lebih diburukkan lagi ia diamalkan oleh kerajaan sebelum ini.
“Inilah yang dilakukan oleh kerajaan sebelum ini. Mereka beri wang kepada rakyat, anda tidak perlu bekerja. Tidak bekerja pun anda boleh dapat RM500.
“Jika rakyat Malaysia menjadi seperti ini, tidak lama lagi mereka tidak boleh berfikir, malah tidak mampu bergerak, tidak mampu berbuat sesuatu dengan sendiri kerana mereka akan selalu menunggu subsisi,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Dasar Industri 4.0 Negara, yang juga dikenali sebagai Dasar Industri 4WRD, di sini hari ini.
Dr Mahathir berkata, malah dalam forum perniagaan, pihak industri akan meminta insentif kerajaan.-- BERNAMA
Jangan bergantung kepada insentif - Dr Mahathir
Reviewed by Admin
on
October 31, 2018
Rating:
No comments: