MUKAH: Ahli Dewan Undangan Negeri Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya me-luahkan kehairanannya mengenai bebanan hutang yang masih ditanggung peserta projek FELCRA Berhad (FELCRA) di kawasannya.
Setelah hampir 20 tahun, ternyata segala hutang masih belum diselesaikan sedangkan projek sudah lama berlangsung.
“Dua puluh tahun bukanlah tempoh yang pendek, bahkan ada peserta projek yang sudah meninggal dunia dalam tempoh itu,” katanya pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Peserta Ke-10 Sesi 2019-2020 FELCRA Kawasan Matu kelmarin.
Menurutnya, sehingga kini banyak maklum balas diterima beliau daripada peserta menyatakan masih tidak berpuas hati dengan jumlah dividen yang diterima.
Walaupun pihak FELCRA memberi alasan seperti bebanan hutang dan kos pembangunan serta harga pasaran minyak sawit yang tidak menentu, namun ia tidak harus dijadikan halangan kepada para peserta untuk menerima hasil dividen yang lebih baik.
“Saya menasihati kedua-dua pihak duduk dan berbincang, jika ada masalah selesaikan secara baik,” jelasnya.
Beliau juga mahu kedua-dua pihak telus dan jujur dengan pembentangan ma-sing-masing.
“Tiada apa yang hendak disorokkan, terangkan de-ngan baik supaya peserta faham,” ujarnya.
Sementara itu, Pengurus Besar FELCRA Wilayah Sarawak Saifuddin dalam ucapannya turut berjanji akan melakukan yang terbaik demi kepentingan para peserta.
“Kita akan bersikap setelus mungkin kepada peserta, tidak ada apa yang perlu di-selindungkan,” katanya.
FELCRA juga katanya, turut mengalami beberapa masalah seperti harga pasaran minyak sawit turun sebanyak 30 peratus di samping menanggung kos pengurusan.
Isu dividen FELCRA se-ring menjadi perhatian dalam kalangan peserta di kawasan pesisir pantai yang tidak berpuas hati dengan jumlah yang diterima.
Juanda kerap membangkit-kan isu itu termasuk membawanya ke DUN supaya jalan penyelesaian dapat dicari.
Namun sehingga kini masih tiada perubahan positif. - UTUSAN BORNEO
Juanda hairan peserta FELCRA di kawasannya masih tanggung hutang
Reviewed by Admin
on
October 13, 2018
Rating:
Reviewed by Admin
on
October 13, 2018
Rating:

No comments: