Seo Services

Kontraktor, suri rumah jadi mangsa penipuan parcel dan Macau Scam


KUCHING, 18 Okt (Bernama) – Seorang kontraktor dan seorang suri rumah menjadi mangsa terbaru Macau Scam dan Parcel Scam.

Kedua-dua mangsa yang masing-masing berasal dari Sibu dan Kuching mengalami kerugian RM4,300 dan RM18,750.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Sarawak, Superintendan Mustafa Kamal Ghani Abdullah, dalam kejadian pertama, mangsa seorang kontraktor lelaki Iban dari Sibu berusia 43 tahun kerugian RM4,300 dalam Parcel Scam.

Katanya, mangsa pada 10 Okt telah melayari laman sosial melalui aplikasi telefon bimbit Facebook dan telah menjadi rakan pemilik akaun seorang perempuan bernama Sandra Robinson, yang menghantar pesanan ringkas melalui aplikasi Facebook Massenger memberitahu mangsa bahawa dia memiliki wang lebih kurang 1.5 juta dolar yang diambil daripada peti simpanan Sadam Hussien semasa penangkapan bekas presiden Iraq itu.

"Suspek berkata dia mahu memindahkan sedikit wang itu ke dalam akaun mangsa sebagai tanda hubungan percintaan dan pada 14 Okt melalui aplikasi messenger perempuan berkenaan memberitahu telah membayar pakej US12 dolar yang akan sampai di Lapangan Terbang Sibu pada keesokan hari dan seorang ejen akan menghubungi mangsa bagi menguruskan pakej wang tersebut.

"Pada 15 Okt mangsa telah menerima satu panggilan daripada nombor telefon 016-9445687 yang telah menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) yang memberikan nombor akaun bank dan meminta mangsa untuk memasukkan wang tunai RM4,300," katanya.

Katanya, pada hari yang sama kira-kira pukul 12.05 tengah hari bertempat di sebuah bank di Jalan Tunku Osman Sibu, mangsa telah memasukkan sejumlah wang tunai RM 4,300 melalui mesin tunai ke dalam buku akaun bank suspek.

Sementara itu, katanya dalam kejadian di Kuching yang berlaku antara 12 dan 15 Okt, seorang suri rumah berketurunan Iban berusia 29 tahun kerugian RM18,750 dalam Macau Scam.

Katanya, mangsa pada 12 Okt menerima panggilan telelefon daripada seorang lelaki meyamar sebagai Ketua Inspektor Mikael Mokhtar dan memberitahu mangsa kononnya ada membuat pinjaman peribadi dengan sebuah bank dan terlibat dengan pengubahan wang haram.

"Suspek telah mengarahkan mangsa untuk memasukkan wang sebanyak RM18,750 ke dalam akaunnya untuk menyemak aset yang ada serta semakan siri nombor cetakan wang haram," katanya.

Dua lagi pengadu masing-masing berjaya mengelak diri daripada ditipu. -- BERNAMA
Kontraktor, suri rumah jadi mangsa penipuan parcel dan Macau Scam Kontraktor, suri rumah jadi mangsa penipuan parcel dan Macau Scam Reviewed by Admin on October 18, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.