BERIKUT ialah kronologi tragedi 6 anggota bomba lemas.
6.30 petang
Seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya dikejarkan ke Lombong Taman Putra Perdana selepas menerima panggilan kecemasan berhubung seorang remaja lemas.
8.55 malam
Seramai enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA), empat daripadanya dari Balai Bomba Pelabuhan Klang dan dua dari Shah Alam tiba di lokasi mencari dan menyelamat (SAR).
9.15 malam
Pasukan PPDA selesai menyiapkan kelengkapan dan mula turun untuk selaman di lombong bagi mencari mangsa.
- Anggota mengikat tali panjang antara satu sama lain.
- Tali dihulurkan perlahan-lahan dari tebing ketika pihak scuba merapatkan diri di tempat mangsa jatuh.
- Arus aliran air lombong kuat secara tiba-tiba menarik seorang demi seorang ke dalam arus itu.
9.45 malam
Anggota penyelamat yang berada di tebing berusaha lebih 30 minit untuk menyelamatkan mereka dengan melakukan bantuan pernafasan (CPR)
9.50 malam
Pasukan perubatan dari Putrajaya yang berada di tempat kejadian mengesahkan enam anggota bomba meninggal dunia akibat lemas
11.30 malam
Enam jenazah anggota bomba dihantar ke Hospital Serdang untuk proses bedah siasat.
Dua kejadian lemas membabitkan anggota bomba
18 Jun 2009
Seorang anggota Bomba, Aladi Hassan, 41, maut dalam operasi mencari mangsa lemas di Pulau Terengganu Mati, Tasik Kenyir, Terengganu.
Mangsa dipercayai lemas akibat tali pada badannya tersangkut dan tangki oksigen yang dipakai tercabut.
19 Mei 2000
Seorang anggota Unit Penyelam Bomba dan Penyelamat, Mohd Nor Harun, 40-an disyaki lemas, ketika menyertai gerakan mencari rakannya yang hilang di perairan antara Pulau Lalang dan Pulau Saga di gugusan Pulau Sembilan, Lumut. - BHonline
Kronologi tragedi 6 anggota bomba lemas
Reviewed by Admin
on
October 04, 2018
Rating:

No comments: