Seo Services

'Lagi mahal rokok, lagi banyak kes seludup'


Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan tingkatkan operasi membanteras rokok seludup di kedai runcit di negeri ini kerana penjualannya dijangka berleluasa.

Pengarah JKDM Kelantan, Datuk Mohd Nasir Yusoff, berkata permintaan rokok seludup di pasaran akan meningkat sebanyak 20 peratus disebabkan kenaikan harga rokok hujung bulan ini.

"Bila rokok mahal, ramai yang cari rokok seludup yang jauh lebih murah harganya.

"Kita gempur lokasi penjualan rokok ini dan ambil tindakan tegas kepada penjual, dengan cara ini mereka akan rasa takut untuk mendapat bekalan rokok seludup dengan pembekal.

"JKDM Kelantan juga adakan kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk menarik balik lesen-lesen peniaga yang didapati bersalah menjual rokok seludup ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd Nasir berkata, JKDM mengambil serius perkara ini kerana ia menyebabkan kerajaan kehilangan kutipan cukai yang boleh memberi kesan kepada negara.

Menurutnya, selain operasi di kedai runcit, JKDM Kelantan turut mengadakan sekatan jalan raya dalam usaha mengekang aktiviti penyeludupan rokok di segenap ceruk tempat di negeri ini.

Dalam perkembangan lain, Mohd Nasir berkata, sepanjang Januari hingga September JKDM Kelantan berjaya merampas lebih 11.5 juta batang rokok seludup.

Kataya, rampasan itu membabitkan nilai dan cukai berjumlah RM9.02 juta. - Sinar Harian
'Lagi mahal rokok, lagi banyak kes seludup' 'Lagi mahal rokok, lagi banyak kes seludup' Reviewed by Admin on October 18, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.