![]() |
Gambar Utusan Borneo |
KUCHING, 22 Okt (Bernama) -- Jabatan Muzium Sarawak, dengan kerjasama sebuah universiti Australia, sedang membuat penyelidikan ke atas tengkorak dikenali sebagai “Deep Skull”, dipercayai milik seorang wanita pertengahan umur yang meninggal dunia dan dikebumikan di pintu sebelah barat Kompleks Gua Niah kira-kira 35,000 tahun lepas.
Prof Madya Dr Dareen Curnoe dari University of New South Wales, Sydney, berkata tengkorak itu adalah serpihan rangka manusia moden zaman awal paling lengkap yang ditemukan setakat ini di Asia Tenggara, sekali gus menjadikan Gua Niah lokasi penting di dunia berkaitan peninggalan zaman prasejarah.
“Tahun ini adalah ulang tahun ke-60 penemuan Deep Skull, serpihan rangka manusia Pleistocene pertama yang kami jumpa di Gua Niah pada 1958," katanya ketika menyampaikan ceramah bertajuk “Lembaran Sejarah Gua Niah Selanjutnya” di sini hari ini.
Beliau berkata, Trader's Cave, satu daripada sekian banyak pembentukan batuan, telah membuka lembaran baharu yang menarik mengenai sejarah Gua Niah, Sarawak dan Asia Tenggara, apabila ia menyingkap peninggalan berkaitan kewujudan manusia zaman prasejarah sejak 65,000 tahun lepas.
Projek penyelidikan bersama itu dijalankan di Gua Niah.-- BERNAMA
Muzium Sarawak, universiti Australia berganding bahu kaji " deep skull"
Reviewed by Admin
on
October 22, 2018
Rating:

No comments: