Seo Services

Pemimpin PKR Terus Pertikai Komponen PH Terima Ahli Parlimen Lompat Parti


KULAI – PKR Johor hari ini menegaskan Pakatan Harapan (PH) tidak memerlukan pemimpin UMNO yang didakwa akan melompat parti masuk ke dalam parti berkenaan.

Timbalan Pengerusinya, Jimmy Puah Wee Tse berkata, tindakan itu adalah melanggar prinsip dan mandat rakyat yang telah memilih PH untuk menjadi kerajaan pada hari ini.

“Saya rasa tidak ada keperluan untuk orang (pemimpin) dari UMNO nak masuk ke dalam PH. Saya cukup yakin kita mempunyai pemimpin-pemimpin yang cukup hebat.

“Bila UMNO masuk ke dalam PH, ia bukan sahaja akan melanggar mandat rakyat sebaliknya saya takut lama kelamaan budaya ‘DNA’ UMNO ini akan meresap masuk ke dalam PH,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti negeri ketika diminta mengulas mengenai dakwaan 40 lagi Ahli Parlimen UMNO akan keluar parti kerana menyatakan hasrat untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Senai Aiport City Roadshow for Federation of Malaysian Manufactures (FMM) Members in Johor di Senai Business Aviation Terminal di sini sebentar tadi. – UTUSAN
Pemimpin PKR Terus Pertikai Komponen PH Terima Ahli Parlimen Lompat Parti Pemimpin PKR Terus Pertikai Komponen PH Terima Ahli Parlimen Lompat Parti Reviewed by Admin on October 30, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.