Pittsburgh, AS 28 Okt. - Seorang lelaki yang melepaskan tembakan di sebuah tempat ibadat Yahudi dan membunuh 11 individu berdepan 29 pertuduhan jenayah berat dalam insiden yang dianggap sebagai serangan anti-Semitik terburuk dalam sejarah negara itu.
Penembak berkenaan yang dikenal pasti sebagai Robert Bowers, 46, dilaporkan melaungkan “Semua Yahudi harus mati” apabila dia meluru masuk ke tempat ibadat Tree of Life sambil melepaskan tembakan.
Beliau ditahan selepas berbalas tembakan dengan polis dan dihantar ke hospital.
Dalam insiden tembakan itu, seramai 11 individu dilaporkan terbunuh manakala sembilan lagi tercedera termasuk tiga anggota polis.
Menurut pihak berkuasa, Bowers ketika ditahan di tempat kejadian, Bowers memiliki selaras rifel bersama sekurang-kurangnya tiga buah pistol.
Sementara itu, Presiden Donald Trump telah mengarahkan supaya bendera AS di Rumah Putih, tempat awam dan markas tentera dikibarkan separuh tiang sehingga 31 Oktober ini. - AFP/Utusan
Penembak tempat ibadat Yahudi berdepan 29 pertuduhan
Reviewed by Admin
on
October 28, 2018
Rating:
No comments: