Seo Services

Perlu ada pemilihan bagi Tuai Rumah, Ketua Kampung - Dr Penguang


Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datuk Dr Penguang Manggil hari inI menyuarakan sokongannya agar tuai rumah dan ketua kampung diputuskan melalui proses demokrasi, bukan secara lantikan politik.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi itu berkata adalah sesuatu yang adil sekiranya penduduk rumah panjang dan penduduk kampung diberi peluang memilih sendiri tuai rumah atau ketua kampung masing-masing, dan keputusan itu perlu dihormati.

“Semasa mula-mula menjadi ADUN Marudi, perkara pertama yang saya lakukan ialah mengembalikan demokrasi di kawasan saya dengan meminta penduduk tempatan memilih sendiri tuai rumah dan ketua kampung mereka,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dr Penguang berkata beliau percaya mempunyai dua atau tiga tuai rumah atau ketua kampung yang dilantik secara politik akan hanya mewujudkan keadaan berpuak di rumah panjang dan kampung.
-- BERNAMA
Perlu ada pemilihan bagi Tuai Rumah, Ketua Kampung - Dr Penguang Perlu ada pemilihan bagi Tuai Rumah, Ketua Kampung - Dr Penguang Reviewed by Admin on October 23, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.