Pukulan “KO” Najib kepada Mahathir, kerajaan PH di Parlimen

Seo Services

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengambil kesempatan ketika perbahasan berhubung Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) di Dewan Rakyat bagi mematahkan pelbagai tohmahan kerajaan PH terhadapnya dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Menariknya, sepanjang kira-kira 30 minit perbahasan Ahli Parlimen Pekan itu, banyak kerusi menteri dan timbalan kosong seolah-olah mereka tahu Najib membelasah ‘KO’ (Knockout) mereka berhubung isu-isu yang dibangkitkan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin PH sebelum ini.

Antara yang diulas oleh Najib adalah mengenai hasrat kerajaan PH untuk menjual beberapa aset negara atas alasan untuk mengurangkan beban termasuk aset-aset PNB, Khazanah, FELCRA dan sebagainya.

“Di bawah kerajaan BN, aset-aset ini telah melambung naik. Nilai aset bersih Bank Negara Malaysia (BNM) tidak termasuk rizab matawang asing, Khazanah dan Petronas, dengan hanya melihat pada tiga aset milik penuh kerajaan ini meningkat daripada RM313 bilion pada tahun 2008 kepada RM684 bilion pada tahun 2017.

“Petronas sendiri melaporkan kini memiliki RM147 bilion wang tunai pada akhir Mac 2018. Saya ambil maklum bahawa ada cadangan untuk meminta badan-badan ini membayar dividen yang lebih tinggi.

“Bererti bahawa kerajaan BN telah meninggalkan aset yang tinggi untuk dibelanjakan oleh kerajaan PH,” katanya.

Selain itu ujar Najib, dana syarikat berkaitan kerajaan (GLC) juga meningkat di bawah pentadbiran BN.

“Aset bersih KWSP meningkat dari RM341 bilion pada tahun 2008 kepada RM814 bilion pada masa ini. Dana seperti PNB, Tabung Haji menunjukkan peningkatan tiga kali ganda bagi saiz aset bersih mereka untuk tempoh yang sama,” katanya.

Di dalam perbahasannya itu, Najib turut mengutarakan kebimbangannya terhadap nasib para pekebun sawit seramai 650 ribu orang.

“Ini saya nampak satu yang agak pelik, pada empat bulan pertama tahun ini, eksport minyak kelapa sawit lebih tinggi daripada empat bulan yang sama pada tahun 2017. Tapi lepas masuk bulan lima ke atas, ianya lebih rendah daripada bulan yang sama tahun sudah.

“Ini serius, sebab 650 ribu pekebun kecil, kalau kita masukkan keluarga mereka, jumlah yang besar merana sekarang ini. Saya masuk rancangan Felda, suram dan tak meriah kerana terkesan dengan harga minyak sawit yang telah jatuh dengan begitu ketara.

“Tetapi yang peliknya, eksport Indonesia bertambah. Eksport Malaysia menguncup, kenapa? Apakah langkah yang boleh dibuat oleh kerajaan PH dalam hal ini,” soal Najib.

Mengulas mengenai Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Najib mempertikaikan dakwaan Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang mengatakan kerajaan akan mendapat wang RM10 bilion sekiranya ia dibatalkan.

“…tapi kesemua pembayaran itu telah dibuat oleh Exim Bank. Jadi kalau kita batal, ikut pada amalannya, Exim Bank lah yang dapat balik duit.

“Jadi saya nak tanya macam mana kita boleh dapat RM10 bilion balik? Saya agak bingung dalam hal ini,” katanya.

Selain itu Najib turut mempersoalkan 35 peratus pelancong dari China ke Malaysia sedangkan dalam tempoh yang sama kedatangan pelancong China ke negara-negara seperti Thailand, Indonesia, Kemboja dan Vietnam meningkat.

Di dalam perbahasan itu, Najib turut membangkitkan mengenai isu syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau menggesa setiap pihak supaya tidak mempolitikkan perkara tersebut.

“Saya juga berharap bahawa dalam isu 1MDB ini kita jangan terperangkap dalam soal politik. Soalnya kita nak pastikan setiap ringgit itu dapat kembali kepada negara Malaysia.

“Sebab itulah antaranya saya telah usahakan perjanjian penyelesaian dengan pihak Abu Dhabi. Saya telefon Putera Mahkota Abu Dhabi untuk kita buat satu penyelesaian kerana saya nak jaga hubungan diplomatik antara UAE dengan Malaysia.

“Saya harap kerajaan PH teruskan usaha perjanjian penyelesaian ini. Jadi saya minta kerajaan PH bentangkan settlement agreement ini kepada pengetahuan umum. Biar orang tahu apa yang sebenarnya. Tidak ada apa yang kita nak lindung,” katanya.

Kesimpulan hujah-hujah Najib jelas menggambarkan tindak tanduk kerajaan PH diketuai Dr Mahathir dibelenggu pelbagai kepincangan di dalam tadbir urus negara serta ekonomi.– Oleh AIDIL SYUKRI/ bnpportal
Pukulan “KO” Najib kepada Mahathir, kerajaan PH di Parlimen Pukulan “KO” Najib kepada Mahathir, kerajaan PH di Parlimen Reviewed by Admin on October 23, 2018 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.