SARIKEI: Seorang lelaki bertindak membuat laporan polis kerana risau terhadap keselamatannya setelah terlibat dalam pertikaman lidah dengan seorang lelaki berpangkat Datuk di pusat mengundi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Sarikei, hari ini.
Ketua Polis Daerah Sarikei, Superintenden Awang Arfian Awang Bujang berkata, mangsa tampil membuat laporan setelah dimaklumkan oleh rakannya bahawa suspek mengugut akan memanggil samseng untuk memukul dan membunuh pengadu selepas kekecohan itu berlaku.
"Sejurus selepas itu, pengadu bertindak membuat laporan polis kerana khuatir terhadap keselamatannya.
"Pertikaman lidah antara kedua-dua lelaki terbabit berlaku di hadapan pusat mengundi di New Fortune, dekat sini, sekitar 10.50 pagi, namun ia berjaya dikawal oleh pihak polis," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Kes itu disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan. - UTUSAN BORNEO
Diugut lelaki berpangkat Datuk, lelaki buat laporan polis
Reviewed by Admin
on
November 11, 2018
Rating:

No comments: