Seo Services

Kerajaan PH Tidak Berani Dedah Dokumen Perjanjian IPIC-1MDB


Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi mempertikaikan tindakan kerajaan PH yang enggan mendedahkan perjanjian penyelesaian antara syarikat milik Abu Dhabi, IPIC dengan 1MDB.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, ini kerana ia membuktikan bahawa kerajaan BN telah berusaha dan berjaya memastikan semua wang yang didakwa hilang dari 1MDB akan dikembalikan.


“Perjanjian penyelesaian yang saya mahu kerajaan dedahkan akan menunjukkan bahawa kita telah beri masa sehingga 30 Disember 2020 untuk IPIC bayar balik kepada 1MDB semua wang yang dikatakan hilang.

“Kalau dokumen-dokumen perjanjian-perjanjian ini didedahkan maka terbuktilah Najib bukan penyamun ataupun penyangak dan telah berusaha memastikan harta dan hak rakyat Malaysia dijamin,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya, hari ini.

Dalam pada itu, Najib turut memberikan soalan untuk dijawab Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang.

Katanya, ia berkaitan isu beberapa pegawai kanan turut didapati menerima secara langsung dan menggunakan dana berkenaan atau terlibat dalam penipuan.

“Mengapa Kit Siang tidak pernah bertanya mengapa pegawai-pegawai kanan Abu Dhabi dan bos mereka tidak dipanggil untuk disoal siasat memandangkan wang itu dipindahkan kepada mereka dan merekalah yang didapati banyak menggunakan wang itu dan mengagih wang itu kepada pihak-pihak yang lain?

“Bukan senang untuk membuat dedahan dan tuduhan kepada kerajaan negara yang lain, betul?,” sindirnya.

Beliau juga menjelaskan ketika pemerintahannya, isu 1MDB perlu diselesaikan dengan cara berhemah dan tidak menjejaskan hubungan diplomatik.

“Apa guna mahu mendapat balik aset-aset seperti kapal dan kapal terbang yang harganya telah jatuh. Bukan 1MDB yang menghantar wang kepada mereka untuk membeli aset-aset itu.

“Lebih baik untuk 1MDB menuntut wang keseluruhan daripada pihak-pihak yang 1MDB bayar dan dapatkan penyelesaian. Ini kerana 1MDB ada semua bukti-bukti dokumen dan perjanjian untuk membuktikan penghantaran wang itu kepada syarikat dimiliki pegawai kanan IPIC,” katanya. - Sinar Harian


Kerajaan PH Tidak Berani Dedah Dokumen Perjanjian IPIC-1MDB Kerajaan PH Tidak Berani Dedah Dokumen Perjanjian IPIC-1MDB Reviewed by Admin on November 11, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.