Seo Services

Musa didakwa 35 pertuduhan dilakukan 10-14 tahun lalu


Tan Sri Musa Aman berdepan 35 pertuduhan rasuah yang didakwa dilakukannya antara 10 hingga 14 tahun lalu, berhubung transaksi dikaitkan dengan konsesi balak di negeri itu.

Bekas ketua menteri Sabah itu didakwa melakukan kesalahan itu di Singapura dan Hong Kong, membabitkan transaksi AS$28,500 hingga AS$16,148,547 yang keseluruhannya berjumlah RM263 juta.

Dia dituduh di bawah Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997, sebelum Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikuatkuasakan pada 2009 dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) dinaik taraf menjadi suruhanjaya.

Jika sabit kesalahan, beliau boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda RM10,000 atau 5 kali nilai suapan, yang mana lebih tinggi.

Dua penterjemah mahkamah bergilir membaca pertuduhan kepada Musa yang berdiri di dalam kandang tertuduh hampir 40 minit.

Lapan individu dikatakan merasuah Musa melalui 16 syarikat dikaitkan dengan mereka, iaitu Lim Nyuk Foh, Looh Chai Boon, Chia Tian Foh, Mazlan Zakaria, Loh Man Heng, Nasir Yeo Guan Hock, Nip Wing Hon dan Ngui Ing Cheang.

Pasukan pendakwaan yang diketuai Datuk Seri Gopal Sri Ram meminta mahkamah menetapkan ikat jamin RM5 juta bersama 2 penjamin dan pasport Musa diserahkan kepada mahkamah.

Bagaimanapun, peguam Musa, Amer Hamzah Arshad meminta mahkamah mengurangkan ikat jamin kepada RM2 juta atas alasan Adun Sungai Sibuga itu bekerjasama dengan SPRM dan tidak akan melarikan diri.

Katanya, Musa yang menerima rawatan di London sebelum ini, bertindak pulang ke Malaysia untuk membantu siasatan SPRM.

Beliau berkata, SPRM menyerahkan satu notis kepada Musa, Jumaat lalu, untuk hadir ke pejabat agensi anti-rasuah itu.

“Beliau pergi ke ibu pejabat (SPRM) hari ni tanpa mengetahui akan ditahan.”

Katanya, RM5 juta yang dicadangkan Sri Ram “terlalu tinggi” kerana ikat jamin bertujuan memastikan Musa hadir ke mahkamah.

Amer turut menyerahkan pasport Musa kepada mahkamah dan mereka akan menyerahkan pasport diplomatiknya juga.

“Buat masa ini, beliau berada di sini, tetapi beliau sepatutnya balik ke Sabah Rabu ini untuk keputusan kes mahkamahnya,” katanya merujuk saman sivil difailkan Musa terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal.

Sementara itu, Sri Ram berkata, ikat jamin RM5 juta adalah wajar berdasarkan keseriusan pertuduhan itu.

“Kami sudah bersedia untuk perbicaraan.

“Kesnya disiasat sekian lama, tetapi saya tidak dapat menjelaskan mengapa ia ditutup.” - FMT
Musa didakwa 35 pertuduhan dilakukan 10-14 tahun lalu Musa didakwa 35 pertuduhan dilakukan 10-14 tahun lalu Reviewed by Admin on November 05, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.