PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini sedang mengesan seorang saksi bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan pemasangan sebanyak 369 panel tenaga solar di Sarawak.
Saksi terbabit, Md Fuad Yasin, 53, yang beralamat di 61, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur dan 41, Suasana Permai, Jalan Darulaman Golf, 06000 Jitra, Kedah.
FMT difahamkan, Md Fuad merupakan antara saksi yang dipercayai melihat penyerahan wang bagi nilai projek sebanyak RM2.5 bilion.
Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Md Fuad diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penguasa Rekhraj Singh di talian 019-555 8661 atau 03-8870 0446.
Terdapat 369 sekolah di negeri itu yang tidak mempunyai bekalan elektrik tetap dan hanya menggunakan genset diesel untuk menjana elektrik. Sebelum 2017, diesel yang digunakan sekolah itu dibekalkan secara kontrak oleh beberapa kontraktor.
Bermula 1 Januari 2017, Jepak Holding Sdn Bhd yang asalnya 1 daripada kontraktor terlibat, diberikan kontrak membekalkan elektrik kepada semua 369 sekolah itu selama 3 tahun sehingga 31 Disember 2019 dengan nilai “melebihi RM1 bilion” termasuk cukai barang dan perkhidmatan (GST).
Selain membekalkan diesel di sekolah pedalaman Sarawak, syarikat itu turut memasang sistem hibrid solar dan penyelenggaraan generator di 369 sekolah pedalaman selama 3 tahun.
Sebelum ini, seorang bekas pegawai khas kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan ini.
Bagaimanapun, Mahkamah Majistret Putrajaya membenarkan lelaki itu dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM16,000 dengan seorang penjamin selepas SPRM tidak meminta lanjutan reman. - FMT
SPRM kesan saksi terbabit kes tenaga solar sekolah di Sarawak
Reviewed by Admin
on
November 05, 2018
Rating:

No comments: