Seo Services

Penyelam Indonesia terkorban ketika cari badan Lion Air

Gambar AFP

JAKARTA: Seorang penyelam Indonesia telah meninggal dunia ketika mencari bahagian badan dari pesawat malang Lion Air yang terhempas ke dalam laut mengorbankan 189 orang, menurut seorang pegawai semalam.

Syachrul Anto, 48, yang telah meninggal dunia kelmarin, merupakan sebahagian dari pasukan yang mencari bahagian badan dan serpihan dari jet di dalam Laut Jawa.

“Beliau adalah seorang anggota sukarela dengan Agensi Mencari dan Menyelamat,” Isswarto, komander bagi bahagian mencari dan menyelamat dalam pasukan tentera laut Indonesia, memberitahu AFP.

Ia dipercayai beliau meninggal dunia akibat penyahmampatan, tambah beliau.

Anto sebelum ini telah berkhidmat di Palu yang telah mengalami gempa bumi dan tsunami pada September lepas dan turut mengambil bahagian dalam proses pemindahan semasa satu nahas pesawat AirAsia kira-kira empat tahun lepas.

Pesawat Lion Air yang terhempas pada Isnin lepas sedang dalam penerbangan dari Jakarta ke bandar Pangkal Pinang di pulau Sumatra.

Ia telah terjunam ke dalam laut hanya beberapa minit selepas berlepas, membunuh semua orang yang berada di dalamnya.

Pada Khamis lepas pihak berkuasa mengeluarkan Perakam Data Penerbangan namun masih lagi mencari kotak hitam yang kedua, Perakam Suara Kokpit, yang boleh menjawab persoalan tentang kenapa jet Boeing-737 MAX 8 yang masih baharu boleh terhempas.

Pengakuan dari syarikat penerbangan bajet bahawa jet malang itu mempunyai satu isu berkaitan dengan teknikal dalam satu penerbangan sebelumnya termasuk keadaan ia terjunam dengan tiba-tiba telah menimbulkan persoalan mengenai sama ada ia mempunyai masalah mekanikal tertentu terhadap model baharu.

Sekurang-kurangnya 73 beg yang mengandungi anggota badan telah dikeluarkan dari air setakat ini namun hanya empat yang berjaya dikenal pasti. — AFP
Penyelam Indonesia terkorban ketika cari badan Lion Air Penyelam Indonesia terkorban ketika cari badan Lion Air Reviewed by Admin on November 04, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.