KUALA LUMPUR 7 April - Sebanyak 63 kematian akibat denggi direkodkan di seluruh negara bagi tempoh 1 Januari hingga 4 April tahun ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, bagi tempoh itu 26,107 kes demam denggi dilaporkan di seluruh negara dan sekiranya tindakan pencegahan dan kawalan tidak diambil, ia dipercayai mampu menjadi ancaman besar kepada masyarakat dan negara.
"Sehubungan itu sempena Hari Kesihatan Sedunia tahun ini saya berharap rakyat Malaysia dapat meningkatkan kesedaran tentang ancaman denggi terutamanya nyamuk Aedes, pembawa penyakit bahaya yang boleh membunuh," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
63 Kematian Dicatatkan Akibat Denggi Sejak 1 Januari Hingga 4 April Tahun Ini
Reviewed by Admin
on
April 08, 2014
Rating:
Reviewed by Admin
on
April 08, 2014
Rating:
No comments: