Seo Services

11 wakil rakyat BN Sarawak umum keluar parti

Susulan pengumuman Tan Sri William Mawan dan Datuk Sri Wong Soon Koh untuk keluar parti masing-masing, sekurang-kurangnya 9 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Sarawak mengikuti langkah yang sama.

6 wakil rakyat Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP)dan 4 wakil rakyat dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) telah mengisytiharkan keluar parti.

Selain itu, George Lagong Timbalan Presiden Sarawak Workers Party (SWP, yang juga ADUN Pelagus turut mengisytiharkan akan menyertai Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS).


Semasa sidang media di Dewan Undangan Negeri petang tadi, pemimpin-pemimpin tersebut menyatakan ikrar untuk menyokong Barisan Nasional (BN).

Difahamkan sekiranya parti TERAS diterima dalam 'keluarga besar BN', dan dengan penyertaan para pemimpin berkenaan maka parti TERAS akan muncuk sebagai parti kedua terbesar di Sarawak selepas Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Walau bagaimanapun parti itu belum lagi membuat permohonan rasmi untuk menyertai BN.

Sementara itu, Datuk Sri Wong Soon Koh yang meletak jawatan dalam SUPP pada khamis lalu, memberitahu media beliau sebenarnya 'dipaksa' keluar dari SUPP

Mawan dan Wong Soon adalah menteri kanan dalam kabinet negeri Sarawak.




11 wakil rakyat BN Sarawak umum keluar parti 11 wakil rakyat BN Sarawak umum keluar parti Reviewed by Admin on May 15, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.