GEORGE TOWN – Hanya beberapa individu bertuah berpeluang menjejak kaki ke tingkat atas bangunan Komtar sejak ia siap dibina dalam tempoh tiga dekad lalu.
Kini, tingkat ke-68 bangunan itu merupakan laluan gantung berlantai kaca tertinggi di dalam negara.
Rainbow Skywalk merupakan laluan gantung berlantai kaca berukuran 16 meter panjang yang dibina pada tingkat tersebut.
Ia pastinya menjanjikan pengalaman yang menyeronokkan tetapi tidak sesuai untuk mereka yang lemah semangat.
“Kami lihat ramai pengunjung yang terketar-ketar untuk berjalan di laluan berkaca itu. Ada di antara mereka yang tidak berani mencubanya.
“Namun ramai yang menyukainya. Anda boleh berbaring dan berswafoto dengan berlatarbelakangkan bangunan kecil. Ia peluang yang tidak boleh dilepaskan,” kata Ketua Pegawai Operasi Only World Group (OWG) , Datuk Jean Koh.
Kaca kalis haba, tahan pecah, berlamina dan merupakan kaca sama yang digunakan pada Grand Canyon Skywalk di Amerika Syarikat (AS).
Universiti Sains Malaysia (USM) menjalani ujian getaran, angin dan pendulum ke atas laluan gantung berlantai kaca tersebut.
Dari bawah, anda boleh melihat Rainbow Skywalk jika anda berdiri dekat persimpangan Jalan Penang, Jalan Macalister dan Jalan Datuk Keramat.
Bumbung lama pada tingkat ke-65 bangunan tersebut pernah dijadikan sebagai landasan untuk helikopter.
Namun OWG membina tiga lagi tingkat tambahan dan mentransformasikan bumbung tersebut sebagai lokasi tarikan pelancongan.
“Komtar menjadi kebanggaan rakyat Pulau Pinang. Ia pernah menjadi bangunan tertinggi di Asia Tenggara. Kali pertama kami naik ke atas, pemandangan begitu memukau dan kami mula berfikir bagaimana cara untuk membolehkan orang ramai menikmati perjalanan mereka sehingga ke puncak,” katanya.
Ia akan dibuka secara rasmi pada 18 Disember dengan banyak lagi tarikan sedang dibina di atas bumbung tersebut.
Namun Ketua Pegawai Eksekutif OWG, Datuk Seri Richard Koh enggan mengulas lanjut mengenainya kerana ia masih lagi menjadi rahsia.
“Keseronokan terbaik di dunia Perlu menjadi kejutan. Jika saya beritahu anda segala-galanya, anda akan tahu apa yang bakal berlaku apabila anda sampai ke puncak.
“Namun, saya beritahu anda selain laluan gantung berlantai kaca itu, anda berpeluang untuk di kerusi paling bertuah di dunia di atas sana nanti,” katanya. – mStar Online
Rainbow Skywalk Tarikan Terbaharu Di Pulau Pinang
Reviewed by uMieySurianie
on
December 07, 2016
Rating:
No comments: