Seo Services

Abby sah bercerai dua kali

Gambar dari Rotikaya
Suami kepada Abby Abadi, Muhammad Noor Farhan Che Bakar dilaporkan telah melafazkan cerai sebanyak dua kali terhadap pelakon itu termasuk salah satunya tidak dimaklumkan kepada pihak mahkamah, menurut laporan awal mStar Online.

Abby Abadi juga mendedahkan kepada mahkamah hari ini yang suaminya pernah memberitahu seorang kenalan bahawa mereka sudah bercerai.

"Kejadian berpunca selepas terdapat perselisihan faham yang berlarutan sehingga dia tidak balik rumah pada malam sebelum dia melafazkan cerai menerusi mesej," katanya kepada mahkamah

Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur iaitu Shaiful Azli Jamaludin terpaksa menangguhkan permohonan pengesahan lafaz cerai yang dibuat pelakon itu kepada 11 Jun depan bagi membolehkan lafaz cerai kali pertama difailkan.

"Lafaz kali pertama itu tidak dibuat kepada saya tetapi dia memberitahu kepada seorang kenalan bahawa kami sudah bercerai dan apabila saya dimaklumkan mengenai perkara itu saya merujuk perkara berkenaan kepada bapa saudara suami di Kelantan untuk mengetahui sama ada ia sah atau pun tidak.

"Apabila diberitahu lafaz dibuat itu sah kami rujuk secara perbuatan tanpa melaporkannya kepada mahkamah," jelas Abby kepada mahkamah.

Sementara itu, Abby ketika ditemui diluar mahkamah memberitahu, dia reda dengan ketentuan terhadap perkahwinannya dengan Muhammad Noor Farhan namun masih berharap ia dapat diselesaikan secara baik.
Abby sah bercerai dua kali Abby sah bercerai dua kali Reviewed by Unknown on May 29, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.