Seo Services

Sekitar Pelancaran 'Skuad Sayang' Tanjung Datu

LUNDU, Rabu - Skuad Sayang telah dilancarkan di Cawangan PBB N3 Tanjong Datu dengan meriahnya oleh YABhg Puan Sri Dato Hajah Jamilah Hj Anu isteri YAB Ketua Menteri Sarawak.


Turut hadir ialah YB Datuk Hajjah Fatimah Abdullah, Menteri Kebajikan Wanita dan Pembangunan Keluarga Negeri Sarawak.Yb Sharifah Hasidah Syed Aman Ghazali Adun Semariang.Puan Noriah Hj Ahmad Pengarah Biro Wanita Negeri Sarawak.Tuan Hj Bujang Helmi bin Hazemi Setiausaha Politik di Jabatan Ketua Menteri dan Exco-exco Skuad Sayang Negeri sarawak.


Skuad Sayang bakal menjadi landasan terbaik dan berkesan bagi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) memberi perkhidmatan terbaik kepada penduduk negeri ini khususnya di kawasan luar bandar.


Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah berkata skuad itu berperanan membantu rakyat yang memerlukan sekali gus menerapkan semangat prihatin dan kasih sayang bagi meringankan beban ditanggung golongan sasar.

“Skuad Sayang secara tidak langsung membantu memperbaiki tahap kebajikan, pendidikan dan sosial rakyat negeri ini ke arah kehidupan lebih baik,” katanya pada Majlis Pelancaran Skuad Sayang PBB N3 Tanjong Datu kelmarin.

Jelasnya, skuad berkenaan membantu mengetengahkan peranan PBB berkhidmat kepada rakyat sekali gus meningkatkan imej parti yang merupakan parti komponen terbesar BN.


Beliau yang juga ketua Pergerakan Wanita PBB Negeri menjelaskan bahawa peruntukan yang disumbangkan oleh setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan digunakan sebaik mungkin bagi tujuan tersebut.Rakyat akan mengingati budi baik yang dilakukan pemimpin mereka dan hasilnya akan dapat dilihat menerusi hari pembuangan undi pada PRN akan datang.


Beliau juga meluahkan rasa bertuahnya warga PBB N3 Tanjong Datu kerana memiliki YAB Ketua Menteri sarawak dan isteri YABhg Puan Sri Dato Hajah Jamilah Hj Anu sebagai Adun di N3 Tanjong Datu, orang yang dari dulu hingga sekarang senantiasa menunjukkan kasih sayang dan semangat sukarelawannya yang sangat tebal.



Sekitar Pelancaran 'Skuad Sayang' Tanjung Datu Sekitar Pelancaran 'Skuad Sayang' Tanjung Datu Reviewed by Admin on May 29, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.