Seo Services

Raja Nazrin diisytiharkan Sultan Perak yang baru


Raja Nazrin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah diisytiharkan Sultan Perak yang ke-35 pada jam 3.15 petang tadi hari ini.

Beliau menggantikan bapanya, Allahyarham Sultan Azlan Shah, yang meninggal dunia jam 1.30 petang pada hari Rabu pada usia 86 tahun di Institut Jantung Negara Kuala Lumpur.

Duli Yang Teramat Mulia Raja Nazrin Shah adalah Putera Mahkota negeri Perak dan dilantik sebagai Raja Muda Perak 1989-1994 apabila bapanya DYMM Sultan Azlan Shah menjadi Raja kesembilan Malaysia.

Beliau memiliki BA (Hons) dalam bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi dari Universiti Oxford, Ijazah Sarjana dalam Pentadbiran Awam daripada Kennedy School of Government, Universiti Harvard dan Ph.D dalam Ekonomi Politik dan Kerajaan dari Universiti Harvard.


Terjemahan bebas [sumber]
Raja Nazrin diisytiharkan Sultan Perak yang baru Raja Nazrin diisytiharkan Sultan Perak yang baru Reviewed by Unknown on May 29, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.