Tahukah anda bahawa di Malaysia, kes-kes
perceraian dikalangan selebriti Malaysia semakin meningkat setiap
tahun? Bilangan kes perceraian membabitkan selebriti di Malaysia agak
tinggi.
Timbul persoalan adakah kahwin dan cerai sudah menjadi gaya hidup masa kini? Mendirikan rumahtangga belum sampai setahun, sudah bercerai. Peliknya, yang sudah kahwin berpuluh-puluh tahun dan mempunyai cucu pun bercerai juga.
Seorang demi seorang artis dan personaliti hiburan tanah air mengalami keretakan rumah tangga yang akhirnya tidak dapat diselamatkan. Antara selebriti Malaysia yang kini sudah bergelar janda atau duda yang menjadi perbualan hangat di laman sosial ialah Eraa Fazira, Adam AF dan pasangannya Fiza Elite, Izreen Asminda dan yang baru-baru ini menggegar industri tanah air isu penceraian Abby Abadi dan pasangannya.
Apakah perceraian dan usia perkahwinan yang tidak panjang merupakan fenomena di kalangan warga industri hiburan semata-mata? Mungkin apa yang akan disampaikan sini berbunyi agak ‘kontroversi’. Tapi inilah hakikat dan realiti yang perlu kita terima dalam kehidupan alam perkahwinan yang penuh dengan cabaran, onak dan duri.
Biarpun tiada siapa yang mengharapkan perkahwinan yang dibina atas dasar cinta akan terlerai akhirnya, namun siapalah kita untuk melawan suratan.
Isu cerai artis Malaysia kian menular
Reviewed by uMieySurianie
on
May 29, 2014
Rating:
No comments: