Seo Services

Amerika gantung bantuan ketenteraan AS$3.5 juta ke Thailand

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) hari ini menggantung bantuan ketenteraan bernilai AS$3.5 juta ke Thailand, iaitu kira-kira satu pertiga daripada bantuan untuk negara sekutunya selain meminta rakyat negara itu menangguhkan perjalanan selepas rampasan kuasa, kelmarin.

Jurucakap Jabatan Negara AS, Marie Harf, Washington juga sedang mengkaji semula bantuan yang lain ke Thailand — yang berjumlah kira-kira AS$10.5 juta pada 2013 - yang mungkin nilainya dikurangkan lagi. 

"Kita sudah pun menggantung hampir AS$3.5 juta dalam bentuk pembiayaan dan latihan untuk tentera Thai," katanya. 

Harf berkata, AS juga sedang melihat semula peruntukan yang diberi kepada badan antarabangsa termasuk gagasan ASEAN dengan mengenal pasti wang yang disuntik terus ke Thailand. 

AS sudah menghubungi kerajaan tentera Thai untuk memaklumkan perkara itu. 

“Kami menuntut agar mereka segera melaksanakan mandat rakyat dan mengembalikan demokrasi serta hak asasi manusia di negara itu," katanya. - AFP 

Amerika gantung bantuan ketenteraan AS$3.5 juta ke Thailand Amerika gantung bantuan ketenteraan AS$3.5 juta ke Thailand

Reviewed by Admin on May 24, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.