Seo Services

Askar dikhuatiri terbunuh dalam kejadian menembak di Lahad Datu

Lahad Datu : Seorang tentera dikhuatiri terbunuh dan dua orang awam dipercayai telah cedera dalam kejadian tembak-menembak di sebuah kedai di sini.

Menurut sumber penduduk di bandar pantai timur, kejadian dipercayai berlaku pada jam 4.45am dicetuskan selepas seorang askar tidak dibenarkan masuk ke dalam kedai 24jam pada Rabu.

Suspek dipercayai seorang askar secara tidak sengaja telah menembak rakan sekerjanya sementara dua orang awam yang terlibat, pekerja kedai tersebut dipercayai telah tercedera.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Sr Komisioner Omar Mammah mengesahkan kejadian itu dan berkata siasatan sedang dijalankan.

Mangsa-mangsa yang cedera telah dimasukkan ke Hospital Lahad Datu.



Terjemahan bebas dari [sumber]
Askar dikhuatiri terbunuh dalam kejadian menembak di Lahad Datu Askar dikhuatiri terbunuh dalam kejadian menembak di Lahad Datu Reviewed by Unknown on May 28, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.