Seo Services

Majlis kahwin bertukar menjadi kenduri arwah

Tunang Allahyarham Lans Koperal Mohd Azuan Abdullah, 25, Norfaizah Mohd Rejab, 22, redha dengan pemergian mengejut tunangnya setelah maut dilanggar dari belakang oleh rakan penjenayah yang diburunya.

“Saya hampir pitam mendengar berita kematiannya kerana lebih kurang jam 11 pagi (semalam), dia mengirimkan SMS meminta saya makan ubat jika berasa kurang sihat.

“Saya juga terkilan tidak sempat bertemu arwah atas kesibukan kerja, sedangkan dia beberapa kali menyatakan hasrat bertemu saya bagi menyerahkan kad jemputan perkahwinan,” katanya.

“Saya tidak menyangka perkenalan sejak kira-kira empat tahun lalu berakhir dengan cara begini,” katanya.

Norfaizah bagaimanapun reda dengan pemergian arwah dan berharap pengorbanannya ketika berkhidmat kepada masyarakat mendapat ganjaran sewajarnya.

“Sekarang semuanya ibarat ‘nasi sudah menjadi bubur’ dengan majlis perkahwinan yang sepatutnya berlangsung di Alor Setar, Kedah, hujung minggu ini, bertukar menjadi kenduri arwah,” katanya ketika ditemui semalam.

“Dia begitu teruja menanti kenduri kahwin kami Ahad ini dengan semua barang hantaran sudah disiapkan.”

Lebih menyedihkan, kejadian berlaku hanya selepas kira-kira dua jam mangsa menghubungi Norfaizah dan selepas dua hari arwah menyambut hari jadinya


sumber
Majlis kahwin bertukar menjadi kenduri arwah Majlis kahwin bertukar menjadi kenduri arwah Reviewed by Unknown on May 28, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.