Seo Services

Nasir Bilal Khan cuma bergambar dengan peminat


Sekeping gambar pelakon veteran ini bersama dua orang gadis iaitu dipercayai penyokong PAS mencetuskan spekulasi bahawa pelakon ini terlibat dalam parti politik.

Tetapi, menurut Nasir, gambar tersebut hanyalah gambar beliau bersama peminat sahaja. Beliau juga menegaskan spekulasi tersebut tidak benar dan beliau tidak mengamalkan sikap atas pagar apabila membabitkan isu politik.

Gambar Nasir memakai sehelai selendang logo parti bersama dua gadis yang memegang bendera rasmi parti yang telah tersebar itu mengecohkan pengguna internet dengan mendakwa nasir telah beralih arah dari industri hiburan ke bidang politik.


"Saya tidak minat politik apalagi untuk menyertai kempen pilihanraya mana-mana parti," katanya.

Foto itu hanya salah faham kerana dia bergambar dengan dua gadis itu atas permintaan mereka semata-mata.
Nasir Bilal Khan cuma bergambar dengan peminat Nasir Bilal Khan cuma bergambar dengan peminat Reviewed by Unknown on May 28, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.