Seo Services

Biografi Almarhum D.Y.M.M Sultan Azlan Shah


1. Nama Penuh :-

Duli Yang Maha Mulia Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf  Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah

2. Tarikh Lahir :-

19hb April 1928

3. Tempat Lahir:-

Kampung Manggis, Batu Gajah, Perak

4. Permaisuri :-

Tuanku Bainun D.Y.M.M Raja Permaisuri Perak (dikurniakan 5 orang cahaya mata).

5. Putera dan puteri :-

Raja Dr Nazrin Shah,
Raja Datuk Seri Azureen,
Raja Datuk Seri Ashman Shah (mangkat pada 30 Mac 2012),
Raja Datuk Seri Aleena,
Raja Datuk Seri Yong Sofia.

6. Pendidikan :-

Sekolah Kerajaan Inggeris Batu Gajah (kini dikenali sebagai Sekolah Sultan Yusuf)
Kolej Melayu Kuala Kangsar
University of Nottingham, United Kingdom (Ijazah Sarjana Muda Undang-undang, 1953)

7. Jawatan-jawatan yang pernah dipegang :-

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (1954)
Majistret kelas Pertama (1956),
Presiden Mahkamah Sesyen,
Peguam Persekutuan dan Timbalan Pendakwa,
Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang dan Johor,
Pendaftar Mahkamah Tinggi Persekutuan Tanah Melayu,
Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia.

Hakim Mahkamah Tinggi Malaya (1965)
Hakim Mahkamah Persekutuan (1973)
Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Malaya (1979)
Ketua Hakim Negara (1982, letak jawatan pada 1984)

Canselor Universiti Sains Malaysia (4hb Oktober 1971 - Februari, 1984)
Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Pendidikan Tinggi (1hb November, 1974 - 31hb Oktober, 1976) Canselor Universiti Malaya sejak 8hb Februari, 1986.

Presiden Persekutuan Hoki Malaysia (Malaysian Hockey Federation),
Presiden Hoki Asia,
Naib Presiden Persekutuan Hoki Antarabangsa (International Hockey Federation)

Penaung DiRaja bagi :
Persatuan Undang-Undang Malaysia di Great Britain dan Eire, 
The British Graduates Association of Malaysia, 
Akademi Perubatan Malaysia, 
The Rotary Clubs, 
The Lions Clubs,
Kelab Ipoh DiRaja, 
Kelab Golf DiRaja Perak, 
Kelab Polo Iskandar, 
Kelab Golf Kuala Kangsar, 
Persatuan Alam Sekitar Malaysia
Persatuan Hoki Veteran Perak.

8. Pertabalan Diraja :-

Dimahkotakan sebagai Raja Muda Perak (1hb Julai 1983)
Ditabalkan Sultan Perak yang ke-34 (3hb Februari 1984, secara rasmi pada 3hb Februari, 1984)

Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agong Malaysia Yang Se-Sembilan (25hb April, 1989)

9. Anugerah-anugerah tertinggi:-

Ijazah Kehormat Kedoktoran Kesusasteraan oleh Universiti Malaya (30hb Jun 1979),

Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-Undang oleh Universiti Sains Malaysia (28hb Jun 1980),

Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-Undang oleh University of Nottingham (11hb Julai, 1986),

Anugerah "Kerusi Kehormat" oleh Lincoln’s Inn, London (1988),

Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-Undang dari :-

Universitas Gadja Mada, Jogjakarta, Indonesia (28hb September 1990),
Universiti Brunei Darussalam (30hb Oktober, 1990),
Universiti Chulalongkorn, Bangkok, Thailand (19hb Disember 1990),

Keahlian Kehormat The Royal College of Physician of Ireland (2hb Oktober 1991),
Anugerah yang sama juga telah diberikan oleh Royal College of Surgeons of Ireland, The Royal College of Surgeons of Edinburgh dan The Royal College of Surgeons of England (1999).

10. Anugerah-anugerah cemerlang:-

D.K.;D.K.M.; D.M.N.; D.K.(Kelantan),
D.K. (Terengganu);
D.K. (Perlis);
D.K. (Johor);
D.K.(Selangor);
D.K.(Kedah);
D.K.M.B.(Brunei);
D.K.(Negeri Sembilan);
D.K.(Pahang);
S.S.M.; P.M.N.; P.S.M.; S.P.C.M.; S.P.T.S.; S.P.M.P.; S.I.M.P.;
The Most Auspicious of The Rajamitrabhorn (Thailand);
Grand Order of Mugunghwa (Republik Korea);
Collar of The Japanese Order of The Chrysanthemum dan Grand Cordon of The Supreme Order of the Chrysanthemum (Jepun);
Civil Order; 1st Class (Oman)
Orden Al-Merito De Chile (Republik Chile);
Bintang ADI PURNA (Republik Indonesia);
Hon. Knight Grand Cross (Civil Division) of The Order of The Bath (U.K.)

The PAUL HARRIS FELLOWSHIP oleh Rotary International
The Melvin Jones Fellow Award oleh Lions Clubs International.

11. Lain-lain:-

"Doritinopsis Sultan Azlan Shah" - sejenis spesies bunga orkid dinamakan sempena nama Tuanku selepas menerima anugerah tanaman terbaik di Ekspo Pelancongan Domestik Perak (1992).

"Azlania Costatipennis (Jacoby)" - penemuan baru sejenis spesies serangga dinamakan sempena nama Tuanku ketika Ekspedisi Saintifik Belum (1993-1994).


sumber
Biografi Almarhum D.Y.M.M Sultan Azlan Shah Biografi Almarhum D.Y.M.M Sultan Azlan Shah Reviewed by Unknown on May 29, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.