Seo Services

Tentera AS akan berundur dari Afganistan pada 2016


Amerika Syarikat (AS) akan mengundurkan sepenuh tenteranya dari Afghanistan pada akhir 2016, bagi menamatkan perang yang paling lama membabitkan negara ini, menurut Presiden, Barack Obama, semalam.

Obama turut mengesahkan, seramai 32,000 anggota tenteranya akan dibawa pulang dan hanya 9,800 anggota tentera akan kekal di Afghanistan pada awal 2015 sebelum sebahagian besar daripada mereka pulang pada akhir 2016.

Bilangan anggota tentera AS akan dikurangkan dan hanya diperlukan untuk bantuan keselamatan ke atas Kedutaan.

"Kami sedang menamatkan tugas yang kami mulakan," kata beliau berhubung penglibatan AS dalam konflik di Afghanistan bagi menyingkirkan militan Taliban serta memburu ketua al-Qaeda, Osama Laden selepas kejadian serangan 11 September 2001. - AFP

Tentera AS akan berundur dari Afganistan pada 2016 Tentera AS akan berundur dari Afganistan pada 2016 Reviewed by Unknown on May 29, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.