Seo Services

Chong beri jaminan bekerjasama dengan Adenan


Pertemuan yang berlangsung antara pemimpin pembangkang dan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem pada Rabu bukan sahaja mengukir sejarah baru dalam politik negeri Sarawak, malah rata-rata rakyat berpendapat langkah itu akan mampu melonjakan pembangunan Sarawak dengan lebih cepat dan stabil.

Adenan dipetik sebagai berkata, pertemuan beliau dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti-parti pembangkang yang diketuai Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen disifatkan sebagai ‘saat bersejarah’.

Selain membincangkan isu rakyat, mereka juga membincang polisi kerajaan sebagai agenda utama pertemuan tersebut.

Menurut Chong Chieng Jen yang juga ADUN Kota Sentosa, mereka turut memberi jaminan akan bekerjasama dengan Adenan bagi polisi-polisi yang benar dan adil.

Rombongan Chong diraikan Adenan dengan jamuan tengah hari, di Pejabat Ketua Menteri, Tingkat 5, Kompleks Dewan Undangan Negeri.

Sementara itu, ADUN Ba’Kelalan Baru Bian dilaporkan berkata pertemuan itu sangat penting agar pembangkang dapat bekerjasama dengan Ketua Menteri dan berkongsi apa yang mereka canangkan selama ini.

Malah menurut Baru Bian, mereka akan berjumpa lagi dengan Ketua Menteri pada November nanti.

Sehubungan itu, Chong Chieng Jen yang gembira dengan pertemuan itu turut melahirkan harapan agar perjumpaan tersebut sebagai satu permulaan untuk menjalinkan interaksi yang baik antara pembangkang dengan kerajaan BN Negeri pada masa depan.
Chong beri jaminan bekerjasama dengan Adenan Chong beri jaminan bekerjasama dengan Adenan Reviewed by Admin on May 15, 2014 Rating: 5

1 comment:

  1. Baguslah kalau benar spt dikata.DAP akan bekerjasama dgn KM jika polisi-polisi kerajaan "Benar dan adil".Kita nak Chong jelaskan apa takrifan beliau mengenai "benar dan adil".

    Kerajaan BN Sarawak tak perlu sokongan atau kerjasama pembangkang dlm melaksana polisi dan program pembangunan Sarawak.Bah kan tak pernah pun BN Sarawak menagih simpati dan understanding pembangkang dlm apajua tindakan BN.

    BN Sarawak is better of without DAP's dan PKR's willingness to cooperate with Dt Adenan.BN has more to lose than gain if it extends a friendly attitude to its core enemies.BN must not fall into DAp's gesture.Dap's agenda is non-compliant with BN.No way they can work together.

    Dt Adenan is seen as the CM for everybody.But it doesn't mean he agrees with DAP or PR.

    ReplyDelete

ads 728x90 B
Powered by Blogger.